Khamis, 23 Jun 2011

Berita menarik hari ini

1. kelab itali, palermo telah membuka jemputan buat mana2 kelab yang ingin mendapatkan playmaker nya, javier pastore. pastore dianggarkan bernilai 40 juta pound dikatakan dikehendaki oleh chelsea, barcelona dan real madrid menyertai palermo dari kelab argentina, huracan melibatkan yuran perpindahan 17 juta pound.

2. andre villas-boas (AVB) telah disahkan secara rasmi sebagai pengurus chelsea yang baru selepas menandatangani kontrak tiga tahun. AVB berkata dia yakin untuk membawa pulang empat kejuaraan ke stamford bridge pada musim hadapan. kejuaraan yang pastinya paling utama adalah UCL kerana pemilik chelsea, roman abramovich boleh dikatakan obses untuk melihat chelsea menjuarai UCL. selain itu, bekas pemain chelsea, jimmy floyd hasselbaink berkata pemain2 chelsea yang senior harus menghormati AVB sebagai pengurus walaupun usia AVB hanya 33 tahun.

3. dikhabarkan barcelona sedang cuba memancing dua lagi pemain selepas alexis sanchez. barcelona dikatakan telah menawarkan tawaran 'take it or leave it' 35 juta pound kepada arsenal untuk mendapatkan cesc fabregas. di samping itu, barcelona juga bernilai untuk membuat tawaran 27.5 juta pound kepada chelsea untuk mendapatkan pemain pertahanan chelsea, david luiz. sepertimana yang diketahui, luiz baru menyertai chelsea selama enam bulan selepas dibeli pada bulan januari lalu.

4. untuk posisi leftback, man city telah mensasarkan pemain pertahanan lyon, aly cissokho dengan bakal melibatkan yuran perpindahan 20 juta pound. selain cissokho, man city juga berminat untuk mendapatkan pemain everton, leighton baines.
5. leftback arsenal, gael clichy diberitakan sedang berusaha untuk memastikan perpindahannya ke liverpool memandangkan kontraknya hanya tinggal 12 bulan di arsenal. kelab itali, as roma telah menawarkan 7 juta pound kepada arsenal, 2 juta lebih dari tawaran liverpool tetapi clichy lebih berminat untuk beraksi di england berbanding itali.

6. ashley young diberitakan akan menjadi pemain MU secara rasmi hujung minggu ini selepas menjalani pemeriksaan kesihatan baru2 ini. young dilihat berada di pusat latihan MU sebelum ke tempat pemeriksaan bersama pasukan perubatan MU.

7. skuad B-21 sepanyol dan switzerland akan bertemu dalam perlawanan akhir kejohanan eropah B-21 selepas menewaskan lawan masing2 pada peringkat separuh akhir. memerlukan aksi pada masa tambahan, sepanyol berjaya mengalahkan belarus manakala switzerland menewaskan czech republic. 

8. pengurus baru fulham, martin jol ingin mendapatkan penjaga gol espanyol, carlos kameni dengan bercadang untuk menawarkan 3 juta pound.

9. pemain pertahanan muda lens, raphael varane dikhabarkan akan menolak tawaran MU untuk menyertai real madrid. kedua2 kelab tersebut dikatakan telah mengemukakan tawaran untuk varane bernilai sekitar 10 juta euro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan