Rabu, 16 Januari 2013

Preview: MU vs West Ham United (FA Cup replay)


MU akan bertemu semula dengan West Ham United (WHU) dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA awal pagi esok selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan terdahulu.




Dalam perlawanan lalu, MU terpaksa bekerja keras di Upton Park bagi mengikat WHU dengan keputusan 2-2 di mana RVP menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan. Keputusan seri tersebut memaksa kedua-dua pasukan untuk beraksi dalam perlawanan ulangan yang akan dilangsungkan pula di OT.

SAF pastinya akan melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama MU selepas kecederaan yang menimpa Vidic dan Young selain ingin merehatkan beberapa pemain utama lain. Walaubagaimanapun, kesebelasan utama yang bakal diturunkan mestilah berupaya memberikan kemenangan kerana MU boleh dikatakan berkeinginan untuk menjulang kejuaraan Piala FA selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2004.

MU telah menerima khabar yang cukup menggembirakan apabila Nani, Anderson dan Rooney telahpun pulih dari kecederaan. Walaupun mungkin tidak 100% cergas, ketiga-tiga mereka akan diturunkan pada awal pagi esok. Selain itu, Valencia, Buttner, Jones, Smalling dan Chicharito akan kembali ke dalam kesebelasan utama. Jadi, hanya Ferdinand, Carrick dan DDG sahaja yang dikekalkan tempat masing-masing.

Walaupun pada hujung minggu ini, MU akan berhadapan dengan Spurs dalam saingan BPL, MU perlu memastikan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya tidak terjejas dengan mencatatkan kemenangan ke atas WHU. Maka, perhatian dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan dan pemain-pemain mesti menunjukkan semangat dan persembahan yang bertenaga.

Selain itu, pemain yang bakal beraksi awal pagi esok juga perlu menjadikan perlawanan menentang WHU sebagai pentas untuk mendapatkan kecergasan bagi pemain yang memerlukan dan untuk menampilkan prestasi yang mampu bagi memikat SAF agar dapat beraksi dengan lebih kerap dalam kesebelasan utama.

Jika MU berjaya menumpaskan WHU, pada pusingan keempat Piala FA nanti, MU akan bertemu sama ada dengan Fulham atau Blackpool. Dengan skuad MU hampir bebas 100% daripada kecederaan, MU dilihat mampu untuk bertanding dalam merebut kejuaraan Piala FA musim ini.


Kesebelasan utama MU:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Jika dalam perlawanan lalu MU terpaksa berhempas-pulas untuk mendapatkan keputusan seri, perlawanan ulangan ini akan menyaksikan MU akan menumpaskan WHU dalam perlawanan yang berat sebelah. Aku menjangkakan MU mampu untuk menewaskan WHU dengan keputusan 4-1 di mana Rooney, Chicharito dan Nani akan menyumbangkan gol buat MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan