Isnin, 14 Januari 2013

Review: MU vs Liverpool (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED2
van Persie 19'
Vidic 55'

LIVERPOOL 1
Sturridge 57'



Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

DANNY WELBECK


Kesebelasan utama MU:

 

Pertukaran pemain:

Valencia >> Young
Jones >> Kagawa
Smalling >> Vidic


Ulasan perlawanan:

Buat pertama kalinya dalam enam tahun MU mencatatkan kemenangan BPL berganda ke atas Liverpool selepas menewaskan pasukan terhebat dalam sejarah bola sepak England dengan keputusan 2-1 di OT. Kemenangan MU dicipta menerusi jaringan RVP dan Vidic yang membolehkan MU mendahului Liverpool 2-0 sebelum Liverpool mengurangkan jurang dengan gol tunggal daripada Sturridge.

RVP membuktikan pembelian MU ke atas dirinya cukup berbaloi dengan meledakkan gol ke21 bagi musim ini sejak menyarung jersi MU. RVP seharusnya boleh menjaringkan dua lagi gol tetapi dinafikan oleh kecemerlangan Reina dan pertahanan Liverpool yang berhempas pulas mengekang serangan MU terutamanya pada separuh masa pertama.

Oleh kerana kecederaan hamstring yang menimpa Evans, SAF memilih untuk meletakkan gandingan senior yang dipercayai iaitu Ferdinand dan Vidic di pertahanan tengah. Ternyata keputusan tersebut memberikan kesan yang cukup positif apabila Liverpool gagal melepasi kawalan kemas Ferdinand dan Vidic. Liverpool yang hanya meletakkan Suarez selaku penyerang tunggal memudahkan tugas Ferdinand dan Vidic dalam mematahkan serangan Liverpool.

Kemasukan Sturridge dan kelonggaran permainan di bahagian tengah MU menyebabkan MU sedikit tertekan pada separuh masa kedua kerana Liverpool mula membuat ancaman dan serangan. Akibatnya, DDG sekali lagi gagal menepis bola rembatan Gerrard dengan kemas memberikan ruang kepada Sturridge untuk menjaringkan gol. Selain itu, pertahanan MU terutamanya Rafael gagal membuat susulan terhadap bola yang ditepis oleh DDG.

Welbeck sememangnya layak untuk ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan kerana menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi ketika beraksi. Kerajinannya memberikan tekanan kepada pemain Liverpool termasuk membuat larian yang mengucar-kacirkan pemain pertahanan membolehkan RVP mempunyai ruang untuk bergerak sekaligus menggerakkan serangan MU.

Separuh masa pertama menyaksikan MU menguasai sebahagian besar permainan melalui keberkesanan Cleverley, Carrick dan Kagawa. Bahagian tengah Liverpool kerap melakukan kesilapan dan dihukum oleh MU dengan kerap melancarkan serangan pantas. Namun, MU tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol kerana kegopohan dan ketidaktajaman bahagian serangan MU.

MU memperoleh gol kedua menerusi Vidic di mana kepalanya terken bola tandukan Evra selepas menyambut sepakan percuma RVP. Sejurus gol kedua tersebut, MU seolah-olah memperlahankan rentak permainan dan kurang melancarkan serangan. Ini memberikan ruang kepada Liverpool untuk bangkit memberikan cabaran.

MU terus kental bertahan ketika kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan. Kemenangan ke atas Liverpool diraikan dengan meriahnya membuktikan bahawa MU tetap memandang pertemuan dengan Liverpool antara perlawanan terpenting dalam setiap musim.  Selaku pasukan yang mempunyai rekod hebat dalam bola sepak England, kekalahan kepada MU malam tadi merupakan sesuatu yang amat perit selain kini ketinggalan 24 di bekalang MU dalam kedudukan liga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan