Isnin, 21 Januari 2013

Review: MU vs Tottenham Hotspur (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
van Persie 25'

TOTTENHAM HOTSPUR 1
Dempsey 90+2'


Perlawanan terbaik perlawanan (pilihan MBD):

MICHAEL CARRICK


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Rooney >> Kagawa
Valencia >> Cleverley


Ulasan perlawanan:

MU terlepas peluang untuk menjarakkan diri dengan Man City selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur (TH) di White Hart Lane. Dempsey menjadi wira TH apabila meledakkan gol penyamaan pada minit ke-2 masa kecederaan untuk menidakkan tiga mata penuh buat MU.

Dengan salji turun dengan agak lebat, perlawanan MU dengan TH berhadapan kemungkinan akan ditundakan. Namun begitu, selepas pengadil perlawanan menjalankan pemeriksaan 10 minit sebelum sepak mula dan memberikan lampu hijau, perlawanan berlangsung mengikut jadual asal.

Mungkin kerana cuaca yang sejuk, MU dilihat lambat panas dan ini memberikan ruang kepada TH untuk menguasai permainan di babak awal separuh masa pertama. Selepas 20 minit perlawanan berlangsung, MU mula menunjukkan penguasaan besar bola dan melancarkan serangan ke arah pintu gol TH.

Menerusi gerakan cantik dan pertukaran hantaran yang bijak oleh para pemain MU, gol pertama MU berjaya dijaringkan oleh RVP. Welbeck yang berjaya masuk ke tengah bijak melebarkan bola kepada Cleverley yang tidak dikawal yang kemudiannya membuat hantaran silang yang cantik ke dalam kotak penalti TH. RVP pantas mencari ruang kosong lalu menanduk bola tersebut yang menerjah jaring gol TH.

Gol tersebut seolah-olah menyebabkan TH tersentak dan melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol MU. MU seharusnya berterima kasih kepada DDG yang menampilkan kecekapan dalam menangkis sebahagian besar percubaan berbahaya TH. Selain itu, prestasi gandingan tua iaitu Ferdinand dan Vidic benar-benar membanggakan apabila cukup berkesan dalam mengekang dan memintas banyak pergerakan TH.

Pada separuh masa kedua, TH terus berusaha mencari gol penyamaan tetapi semangat kental yang ditunjukkan oleh pertahanan dan penjaga gol MU menidakkan segala peluang TH. Evra jelas tertekan dengan larian pantas Lennon apabila kerap dilepasi oleh Lennon selain selalu kehilangan bola dengan mudah gara-gara lambat membuat hantaran kepada rakan.

MU mujur memiliki Carrick kerana Carrick beraksi dengan begitu baik. Carrick tidak banyak menghadapi masalah dalam bersaing dengan bahagian tengah TH yang diperkuatkan oleh Dembele dan Parker. Banyak pergerakan MU dibukakan oleh Carrick yang juga turut efektif dalam melindungi pertahanan MU.

MU sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti selepas Rooney yang dimasukkan bagi menggantikan Kagawa dikasari dalam kotak penalti TH. Namun, penjaga garisan gagal mengesan kekasaran tersebut sekaligus menyebabkan pengadil perlawanan tidak mengambil endah. 

Dengan MU tidak menambahkan jaringan, TH mula mengasak dengan lebih kerap ke arah pintu gol MU. Seperti taktikal biasa yang selalu digunakan oleh kebanyakan pasukan yang cuba mencari gol dalam keadaan terdesak, hantaran jaruh dan tinggi dilakukan ke dalam kotak penalti MU dilakukan oleh TH. Serangan terakhir TH membuahkan hasil apabila MU gagal menangani hantaran jauh TH dengan baik memberikan ruang kepada Dempsey untuk menjaringkan gol penyamaan.

MU perlu menyalahkan diri sendiri kerana jika serangan terakhir tersebut berjaya dihalang dengan berkesan, MU sudah pasti akan membawa pulang tiga mata penuh. Walaubagaimanapun, keputusan seri dan perolehan satu mata tidaklah sesuatu yang menyedihkan kerana bukan sahaja beraksi di halaman lawan, malah TH juga merupakan pasukan yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada musim ini di bawah kendalian AVB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan