Selasa, 1 Januari 2013

Preview: MU vs Wigan Athletic (BPL)


Selepas mengharungi dua perlawanan semasa perayaan Krismas di OT, malam nanti MU akan berkunjung ke DW Stadium untuk bertemu dengan Wigan Athletic (WA).




Pada musim lepas, kekalahan 0-1 kepada WA menjadi salah satu penyebab utama kegagalan MU untuk merangkul kejuaraan BPL. Akibat kekalahan tersebut, MU yang sebelum itu mendahului Man City dengan kelebihan lapan mata, mengalami kemerosotan prestasi bagi perlawanan berikutnya seterusnya membolehkan Man City menyamakan kedudukan mata.

Jadi, pada musim ini, episod kekalahan tidak akan cuba diulangi oleh MU. Ini adalah kerana, rekod MU boleh dikatakan cukup cemerlang setiap kali bertemu dengan WA di mana MU telah mengutip tiga mata penuh dalam enam dari tujuh perlawanan yang berlangsung.

WA pastinya berada dalam keadaan terbaik selepas berjaya mencatatkan kemenangan besar 3-0 ke atas Aston Villa baru-baru ini. Kemenangan tersebut membolehkan WA menginjakkan pasukan mereka keluar dari zon penyingkiran. Selain mempunyai keyakinan hasil kemenangan yang baru diperoleh, WA juga tampak memiliki semangat juang tinggi bagi memastikan WA terus kekal beraksi dalam BPL pada musim hadapan.

Oleh sebab itu, MU tidak harus memandang mudah cabaran yang bakal diberikan oleh WA yang akan beraksi di halaman sendiri. Perlawanan menentang WA merupakan perlawanan keempat dalam tempoh 10 hari. Maka, skuad MU perlu dipergunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan kecergasan dan mengelakkan kecederaan di kalangan pemain.

Untuk perlawanan malam nanti, MU akan menerima kembali Jones dan Rafael yang sebelum ini tersisih akibat kecederaan. Selain mereka berdua, Ferdinand juga akan disenaraikan semula dalam kesebelasan utama dan akan bergandingan dengan Jones di pertahanan tengah. Bukan sahaja untuk membolehkan Evra berehat, Buttner mungkin diberikan peluang beraksi kerana pada perlawanan lalu menentang WA di OT, Buttner telah menyumbangkan satu gol yang memberikan kemenangan 4-0 MU ke atas WA.

Selain Evra, Carrick juga mungkin akan direhatkan dan ini memberikan laluan kepada Kagawa dan Cleverley untuk mengemudikan bahagian tengah MU. Valencia dan Young terus mengekalkan posisi masing-masing di bahagian sayap memandangkan MU tidak mempunyai pilihan lain selain mereka berdua.

Di bahagian serangan, gandingan Chicharito dan RVP akan diletakkan semula selepas kedua-duanya tidak berada dalam kesebelasan utama dalam perlawanan lepas. RVP pastinya diharapkan untuk meneruskan rentak jaringannya kerana setakat ini, RVP telah meledakkan 17 gol dalam semua pertandingan.


Kesebelasan utama MU:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

MU dilihat ingin mengekalkan momentum kemenangan dengan mengutip mata penuh dari WA. Walaubagaimanapun, MU harus berwaspada terhadap WA yang kini tampak selesa menggunakan formasi 3-4-3. Aku menjangkakan perlawanan yang tidak begitu sukar buat MU di mana keputusan 3-0 boleh dicapai oleh MU. Gol-gol dijaringkan oleh RVP dan Chicharito.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan