Jumaat, 18 Januari 2013

Preview: Kedah vs Johor (LPM)


Selepas tewas kepada PDRM baru-baru ini, Kedah diharapkan mampu untuk kembali mencatatkan kemenangan apabila akan bertemu dengan pasukan dari selatan tanah air, Johor dalam perlawanan yang akan berlangsung di SDA.




Kedah ternyata amat kecewa selepas tumpas 0-2 di tangan PDRM walaupun dikatakan berjaya mencipta beberapa peluang keemasan selain mampu untuk menyaingi rentak permainan PDRM. Dua gol yang dilepaskan kepada PDRM boleh dikatakan gol mudah akibat kelapaan dan kelalaian pemain Kedah seterusnya dihukum oleh PDRM.

Berdasarkan sumber dari HKC, jurulatih Kedah kemungkinan besar akan membuat perubahan formasi dari 4-2-3-1 kepada 4-4-2. Akmal yang diturunkan di Melaka kemungkinan besar akan diketepikan bagi membolehkan Khyril bergandingan dengan Santos di bahagian serangan.

Sedikit kegusaran timbul terutamanya di kalangan penyokong dan peminat skuad Hijau Kuning apabila sehingga kini, Santos masih gagal mencetakkan nama selaku penjaring gol buat Kedah. Walaupun Santos merupakan pemain penyerang, namun ketika ini Tot lebih gemar untuk meletakkan Santos di sebelah tepi. Tindakan ini mungkin salah satu faktor penyebab mengapa Santos gagal menunjukkan ketajamannya dalam memburu gol.

Jika dilihat kepada berita-berita melibatkan pasukan lain, agak ramai yang kurang bersetuju dengan jadual perlawanan yang diaturkan oleh FAM. Bukan sahaja skuad yang beraksi dalam LPM, malah pasukan dalam LSM turut mengatakan jadual perlawanan agak padat dan ini menyebabkan sebahagian besar pemain keletihan.

Namun begitu, kelebihan beraksi di halaman sendiri perlu dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh Kedah untuk kembali mendapatkan kemenangan. Yang pasti, pada malam ini, SDA akan dipenuhi oleh ribuan penyokong Kedah yang sememangnya dahagakan sesuatu yang dapat memberikan kegembiraan dan kepuasan setiap kali menjejakkan kaki ke stadium.


Kesebelasan utama Kedah:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Dengan perubahan taktikal dan formasi, Kedah dilihat mampu untuk mengutip mata penuh ketika melayan kunjungan Johor. Aku menjangkakan Santos akan meledakkan dua gol buat Kedah malam ini sekaligus memberikan kemenangan 2-0 Kedah ke atas Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan