Jumaat, 18 Januari 2013

Preview: MU vs Tottenham Hotspur (BPL)


Selepas bertemu dengan Liverpool pada hujung minggu lepas, MU sekali lagi perlu berhadapan dengan tugas berat apabila akan menentang Tottenham Hotspur (Spurs) di White Hart Lane Ahad ini.




Selepas kecewa kerana kegagalan menjulang kejuaraan BPL musim lepas walaupun mempunyai kelebihan lapan mata dengan ketika itu saingan BPL berbaki enam perlawanan, kini MU dilihat lebih fokus agar tidak mengulangi kesilapan sedemikian. Jadi, semestinya MU bukan sahaja ingin mengekalkan perbezaan tujuh mata yang dimiliki ketika ini, malah MU akan berusaha untuk terus menambahkan jurang perbezaan mata tersebut.

Maka, pertembungan dengan Spurs ini tampak sebagai perlawanan penting buat MU kerana berdasarkan prestasi semasa, MU dilihat mampu untuk meneruskan rentak kemenangan acapkali bertemu dengan pasukan yang kuat, dan ini termasuk Spurs. Selain itu, MU juga pastinya ingin membalas dendam atas kekalahan 2-3 kepada Spurs di OT dalam pusingan pertama yang lalu.

Dengan skuad MU yang kini mempunyai pilihan pemain yang banyak, SAF tidak mengalami kesukaran dalam membentuk kesebelasan utama terbaik bagi bertemu dengan sebarang pasukan. Walaubagaimanapaun, keputusan tersebut mestilah mengambil kira tahap kecergasan dan prestasi semasa pemain.

Aku merasakan SAF akan mengekalkan formasi 4-4-2 dengan menyenaraikan kembali Rooney untuk berpasangan dengan RVP di bahagian serangan MU. Bahagian tengah MU pula menyaksikan Carrick dan Cleverley mengisi slot masing-masing sementara Kagawa dan Welbeck beraksi di sebelah kanan dan kiri.

Para peminat MU berkemungkinan besar akan teruja dengan kembalinya gandingan Ferdinand dan Vidic di pertahanan tengah MU. Rafael akan terus kekal di pertahanan kanan manakala Evra akan kembali ke pertahanan kiri selepas direhatkan daripada aksi pertengahan minggu menentang West Ham United. DDG juga kembali menggalas tugas mengawasi gawang gol MU.

Nani diketepikan kerana tidak menunjukkan persembahan yang baik baru-baru ini. Evans dan Young tidak dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas kedua-dua mereka mengalami sedikit kecederaan.

Jika Man City mencatatkan kemenangan ke atas Fulham dalam perlawanan yang akan berlangsung esok, MU diharapkan mampu untuk menyamai kemenangan Man City agar terus selepas di persada BPL. Yang penting, kesemua pemain menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam memberikan kejayaan kepada MU.


Kesebelasan utama MU:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

MU perlu untuk memiliki penguasaan di kawasan tengah padang jika ingin mencatatkan kemenangan. Jika MU mampu berbuat demikian, tiga mata penuh akan diperoleh dari White Hart Lane. Aku merasakan MU mampu untuk mengecewakan Spurs di halaman lawan dengan mrekodkan kemenangan 3-1 di mana go MU pastinya akan disumbangkan oleh RVP dan Rooney.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan