Khamis, 10 Januari 2013

Kompilasi berita MU


Perkembangan terbaru dan khabar angin perpindahan pemain melibatkan MU.


1. Howard Webb telah dilantik untuk menjadi pengadil perlawanan antara MU dengan Liverpool hujung minggu ini. Tetapi ramai peminat fanatik Liverpool tidak berpuas hati dengan lantikan Webb yang dikatakan kerap memberikan keputusan berpihak kepada MU.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4733668/Howard-Webb-will-take-charge-of-Sundays-Manchester-United-v-Liverpool-match.html


2. SAF amat gembira melihat progres yang ditunjukkan oleh Evans sejak beberapa musim ini dan tidak menolak kemungkinan untuk memberikan lilitan kapten pasukan kepada Evans di masa hadapan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4735615/Jonny-Evans-will-be-a-future-Manchester-United-captain-says-Alex-Ferguson.html


3. MU dikatakan berjaya mengenepikan saingan Arsenal dan Spurs bagi mendapatkan khidmat pemain muda sensasi, Wilfred Zaha.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4735911/Wilfried-Zaha-set-for-12m-Man-Utd-deal.html


4. Rooney hanya mampu untuk mendapatkan lapan undian sahaja ketika bersaing merebut anugerah Ballon d'Or dan ianya sesuatu yang agak menyedihkan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4733616/Wayne-Rooney-is-best-in-the-world-according-to-Cambodia-Georgia.html


5. MU berminat untuk mendapatkan Lampard dan dikhabarkan pemain tersebut bersedia untuk menyarung jersi MU.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4731678/Frank-Lampard-a-shock-target-for-Manchester-United.html


6. Selepas berminat untuk mendapatkan Lampard yang akan tamat kontraknya bersama Chelsea pada musim panas ini, MU juga mungkin cuba untuk turut membawa Cole ke MU.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4733650/Alex-Ferguson-wants-Ashley-Cole-to-join-Frank-Lampard-at-Manchester-United.html


7. MU diberitakan sedang memantau perkembangan penyerang Rayo Vallecano, Leo Baptistao yang dianggarkan berharga lima juta pound.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4735632/Leo-Baptistao-targeted-by-Manchester-United.html


8. Hull City telah mengesahkan bahawa mereka telah mendapatkan khidmat pemain sayap muda MU, Robbie Brady secara pinjaman.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2892/transfer-zone/2013/01/08/3657884/hull-city-seal-double-deal-for-manchester-united-winger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan