Jumaat, 25 Januari 2013

LISTEN KEDAH!!! Pulun KEDAH pulun!!!


Piala FA - Malam ini Kedah berentap dengan NS Betaria FC di Darulaman 




Musuh Kedah yang akan menjadi penghalang bagi mereka mencapai kemenangan mudah di Stadium Darulaman malam ini ketika bertemu NS Betaria FC pada pertandingan Piala FA adalah diri mereka sendiri bukan lawan mereka.
Kedah sepatutnya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenepikan cabaran NS Betaria FC tetapi sifat mengambil mudah yang kemungkinan besar akan menguasai barisan pemain Pasukan Hijau Kuning setelah membenam Sabah di Kota Kinabalu Isnin lalu takut akan menjadi penghalang pada hasrat mereka meraih kemenangan.
Di atas kertas Kedah memang lebih jauh mantap dan konsisten prestasinya pada lima perlawanan Liga Perdana musim ini tetapi di atas padang apa sahaja boleh berlaku kerana terlalu yakin kerap kali pasukan pilihan menjadi mangsa karenah diri sendiri.

Selepas tamat latihan di Stadium Darulaman petang semalam ketua jurulatih Mario Tot tidak bercakap panjang lebar mengenai lawan mereka esok (malam ini) , beliau hanya memberitahu anak buahnya perlu berada pada tahap terbaik dari segi mental mereka kerana keletihan pada keadaan mental bererti letihlah seluruh anggota mereka tetapi cergas mental untuk menghadapi lawan mereka bererti cergaslah keseluruhan anggota badan mereka.
Kesemua pemain perlu merenungi kata-kata daripada Tot kerana apa yang di sampaikan adalah benar dan juga menjadi faktor utama yang akan membantu mereka melepasi pusingan pertama Piala FA musim ini.
Baddrol yang diketepikan oleh Tot pada perlawanan kerana kecederaan juga nampaknya akan berada dalam kesebelasan utama memulakan perlawanan esok (malam ini) dan ini adalah berita baik untuk pasukan Kedah dan ribuan peminat yang pasti akan memenuhi setiap ruang Stadium Darulaman bagi menyaksikan kehebatan pasukan kesayangan mereka.



sumber: http://www.kedahlanie.info/2013/01/piala-fa-malam-ini-kedah-berentap.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan