Jumaat, 11 Januari 2013

Preview: MU vs Liverpool (BPL)


Setakat ini, MU mempunyai rekod yang baik apabila beraksi di halaman lawan di mana MU telah mencatatkan kemenangan di Liverpool, Chelsea dan Man City. Jadi, rekod tersebut pastinya ingin diteruskan pula di halaman sendiri apabila MU akan melayan kunjungan Liverpool Ahad ini.


 

MU tampak telah melakukan persediaan rapi bagi berhadapan dengan Liverpool. Walaupun Liverpool kini agak jauh ketinggalan di belakang MU dalam liga, namun seperti biasa, pertemuan dengan Liverpool pastinya mendapat perhatian dan menyajikan perlawanan yang hangat memandangkan semangat lawan yang ada dalam kedua-dua pasukan.

Pada perlawanan lalu di Anfield, MU berjaya menewaskan Liverpool dengan keputusan 2-1. MU bangkit dari ketinggalan 0-1 dengan menyamakan kedudukan menerusi sepakan cantik Rafael sebelum RVP menyumbat gol kemenangan bagi membolehkan MU mengutip tiga mata penuh.

Selain menjadi pertemuan melibatkan dua kelab teratas dari segi rekod kejuaraan BPL, ianya turut menjadi pentas bagi menyaksikan dua pemain penyerang bagi kedua-dua kelab menampilkan kemahiran masing-masing. Suarez dan RVP pastinya ingin membuktikan bahawa salah seorang mereka sebagai penyerang terbaik di England memandangkan kedua-dua mereka kerap meledakkan gol untuk pasukan masing-masing.

Aku merasakan MU akan menggunakan formasi 4-2-3-1 bagi bertemu dengan Liverpool di mana RVP akan menjadi penyerang tunggal MU. RVP akan dibantu oleh Kagawa yang kini boleh dikatakan telah 100% cergas bagi merobek pertahanan Liverpool. Valencia dan Young diberikan kepercayaan mengisi slot di kanan dan kiri.

Carrick dan Cleverley akan bergandingan di bahagian tengah MU bagi mengimbangi bahagian tengah Liverpool yang agak mantap kerana dibarisi oleh Gerrard. Pada musim ini, Carrick telah menunjukkan prestasi yang cukup konsisten dan diharapkan dapat meneruskan tugasnya seperti biasa selain mampu untuk mengekang pergerakan Gerrard.

Barisan pertahanan MU akan menyaksikan Ferdinand kembali di sisi Evans manakala Evra dan Rafael mengambil tempat masing-masing di pertahanan kiri dan kanan. DDG akan diberikan tugas menjaga gawang gol MU walaupun tampak kurang menyakinkan ketika MU terikat 2-2 dengan West Ham United pada hujung minggu lepas.

MU pastinya perlu berwaspada dengan Suarez yang ketika ini merupakan pemain terbaik Liverpool. Liverpool mungkin akan turut menyenaraikan Sturridge yang baru dibelinya dari Chelsea dalam kesebelassan utama bagi mengucar-kacirkan pertahanan MU. Walaubagaimanapun, aku merasakan bahagian tengah kedua-dua pasukan akan menjadi faktor utama dalam memberikan kemenangan kepada pasukan masing-masing.


Kesebelasan utama MU:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Seperti biasa, kita boleh menjangkakan perlawanan ini senantiasa menjanjikan aksi yang terbaik dari kedua-dua pasukan yang akan diselangi dengan beberapa insiden panas. Dengan Howard Webb menjadi pengadil perlawanan, ianya akan menjadi lebih menarik. Aku menjangkakan MU mampu untuk mengecewakan Liverpool dengan mencatatkan kemenangan 3-1 di mana RVP menjaringkan hatrik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan