Jumaat, 25 Januari 2013

Preview: MU vs Fulham (FA Cup)


OT akan melihat semula kelibat Berbatov yang keluar dari MU pada musim panas lalu apabila Fulham berkunjung ke OT bagi bertemu dengan MU dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA.




Selepas terpaksa mengharungi dua perlawanan untuk melepasi pusingan ketiga, MU jelas tidak ingin mengulangi sedemikian dan berharap untuk menumpaskan Fulham di halaman sendiri. Walaubagaimanapun, MU perlu berwaspada kerana Fulham bukanlah satu pasukan yang boleh dipandang mudah walaupun tidak lagi mempunyai Dembele dan Dempsey dalam pasukan. 

Bekas pemain MU, Berbatov kini boleh dikatakan menjadi wira terbaru Fulham kerana persembahannya yang cukup bagus dalam menjadi tunggak dan nadi penggerak pasukan. Jadi, kehadiran semula Berbatov ke OT selaku pemain lawan pastinya akan memberikan suasana yang cukup berbeza memandangkan Berbatov turut mempunyai kenangan manis ketika bersama MU.

SAF dijangkakan akan melakukan sedikit rombakan terhadap kesebelasan utama MU yang beraksi ketika menentang Spurs hujung minggu lepas. Rombakan ini dilakukan kerana mengambil kira kecergasan dan prestasi semasa pemain selain MU mempunyai perlawanan BPL dengan Southampton yang akan diadakan pada pertengahan minggu hadapan.

RVP berkemungkinan besar akan direhatkan dan tempatnya akan diisikan oleh Chicharito yang akan bergandingan dengan Rooney di bahagian serangan. Barisan tengah juga akan menyaksikan perubahan di mana Valencia akan mengisi slot di sayap kanan manakala Giggs diletakkan di sayap kiri. Carrick dan Cleverley akan berada di tengah.

Pasangan pertahanan senior MU iaitu Ferdinand dan Vidic turut direhatkan. Ini akan memberikan laluan kepada Evans untuk beraksi semula selepas pulih daripada kecederaan. Evans akan bergandingan dengan Smalling di pertahanan tengah dan diapit oleh Rafael dan Evra di bahagian kanan dan kiri. Lindegaard akan menggantikan DDG selaku penjaga gol MU memandangkan penjaga gol muda Sepanyol itu dipersalahkan dalam membolehkan Spurs menjaringkan gol penyamaan pada hujung minggu lepas.

SAF rasanya mempunyai idea bagaimana untuk mengekang pergerakan Berbatov bagi memastikan Fulham tidak menjadi satu ancaman yang besar kepada MU. Jika MU mampu untuk merantai Berbatov, aku percaya MU mampu untuk membaca segala pergerakan dan permainan Fulham sekaligus menjanjikan sesuatu yang cukup positif kepada MU.


Kesebelasan utama MU:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Jika MU mampu mendapatkan rentak permainan dengan lebih awal, keputusan perlawanan pastinya akan berpihak kepada MU. Kunci kemenangan MU terletak kepada sejauh mana keupayaan MU untuk mengekang kebijaksanaan Berbatov yang kini memainkan peranan yang cukup penting buat Fulham. Aku yakin MU mampu untuk mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Fulham dengan Rooney dan Chicharito tersenarai sebagai penjaring gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan