Jumaat, 4 Januari 2013

Preview: MU vs West Ham United (FA Cup)


Selepas memperoleh 10 mata dari 12 mata maksimum dalam jadual perlawanan BPL yang padat semasa musim perayaan, kini tumpuan MU beralih kepada saingan Piala FA apabila akan bertemu dengan West Ham United (WHU) dalam pusingan ketiga.




Bagi perlawanan menentang WHU, SAF akan melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama MU. Ini adalah kerana selepas beraksi empat perlawanan dalam tempoh sepuluh hari, para pemain MU pastinya memerlukan sedikit rehat bagi memulihkan kecergasan. Antara pemain pasti yang tidak akan beraksi hujung minggu ini adalah Carrick dan Evra.

Jadi, berdasarkan 'availability' dan peluang beraksi di kalangan pemain, Vidic akan kembali ke kesebelasan utama untuk berpasangan dengan Smalling yang hanya bermain selaku pemain gantian ketika MU bertemu Wigan Athletic. Buttner akan mengambil alih tempat Evra manakala Rafael mengekalkan posisinya memandangkan beliau baru kembali beraksi selain dalam usaha mendapatkan kecergasan permainan dengan sepenuhnya.

DDG akan direhatkan dan tempatnya akan diisikan oleh Lindegaard yang telah lama diletakkan di bangku simpanan. Jones dan Fletcher berkemungkinan besar akan bergandingan di bahagian tengah MU dan Kagawa diberikan tugas sebagai 'playmaker'. Cleverley dan Young akan mengisikan slot di bahagian kanan dan kiri sementara Welbeck diletakkan selaku penyerang tunggal MU.

Pemilihan pemain perlu dilakukan dengan baik kerana aku merasakan MU mungkin lebih memberikan perhatian kepada perlawanan BPL hujung minggu hadapan apabila akan menentang Liverpool. Walaubagaimanapun, SAF akan menggunakan saingan Piala FA sebagai platform kepada pemain untuk mendapatkan peluang beraksi atau memulihkan kecergasan. Selain itu, MU mungkin ingin mendapatkan keputusan yang baik dalam saingan Piala FA kali ini selepas kecewa tersingkir dalam Capital One Cup.

MU perlu berwaspada dengan WHU yang tampak mantap di bawah kendalian Alardyce. Pada hujung minggu ini, WHU mungkin akan diperkuatkan dengan kehadiran Joe Cole yang akan menyertai mereka dari Liverpool. Selain itu, WHU juga mempunyai rekod cemerlang dengan MU apabila pernah menyingkirkan MU dari saingan Piala FA beberapa musim lepas.


Kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Satu perlawanan yang mungkin agak kompak dengan kedua-dua pasukan cuba menguasai kawasan tengah padang. MU bakal berhadapan dengan cabaran sengit WHU yang akan beraksi di halaman sendiri. Aku menjangkakan MU mampu untuk menewaskan WHU dengan keputusan 2-1 menerusi jaringan gol daripada Kagawa dan Welbeck.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan