Jumaat, 30 November 2012

Preview: MU vs Reading (BPL)


Kemenangan pastinya diharapkan oleh para peminat MU memandangkan lawan MU pada hujung minggu ini sedang berada di tempat ke19 dengan hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja setakat ini.




MU dilihat mampu untuk mengekalkan kedudukan teratas carta BPL apabila bertandang ke Reading untuk perlawanan liga ke15. Ini adalah kerana di atas kertas, MU boleh memperoleh tiga mata penuh memandangkan Reading yang dinaikkan dari Liga Kejuaraan ke BPL musim ini tidak menunjukkan persembahan yang cukup cemerlang.

Walaubagaimanapun, sepertimana ketika perlawanan dengan WHU baru-baru ini, MU terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan. Gol awal RVP seolah-olah menyebabkan MU tidak gagal mempamerkan semangat tinggi yang ditunjukkan ketika MU sedang ketinggalan pada perlawanan sebelum ini. Ini jelas dilihat dengan corak permainan yang longlai dan kurangnya daya kreativiti dalam menjana serangan.

Bagi pertemuan dengan Reading, SAF mungkin akan melakukan beberapa perubahan pemain dalam kesebelasan utama MU yang akan menggunakan formasi 4-2-3-1. Fletcher yang tidak beraksi ketika MU menentang WHU, akan diserapkan di bahagian tengah untuk bergandingan dengan Carrick. Anderson pula akan diberikan peranan lebih ke hadapan bagi membantu serangan.

Selepas tidak mencatatkan nama sebagai penjaring gol dalam beberapa perlawanan, RVP kembali menemui sentuhan jaringannya baru-baru ini. RVP pastinya akan mengepalai serangan MU dan akan dibantu oleh Cleverly dan Rooney. Walaupun tidak beraksi sehingga wisel penamat, kehadiran Cleverly dalam perlawanan lepas membantu MU untuk membuat hantaran dengan cepat dan bermain dalam kawasan padat dengan mudah. Kawalan bola yang mudah dan cepat membuat hantaran menjadi aset Cleverly dalam memberikan kelebihan MU dalam melancarkan serangan secara pantas.

Rooney juga perlu mencari semula 'goal scoring boot' kerana pada musim ini, beliau hanya mampu memperoleh tiga gol dalam semua pertandingan. Selain daripada RVP, Rooney harus menjaringkan gol bagi memastikan MU mempunyai perbezaan gol yang selesa sepertimana yang diperoleh oleh pesaing kejuaraan BPL musim ini.

Ferdinand akan disenaraikan semula dalam kesebelasan utama selepas direhatkan. Rafael mungkin akan diketepikan bagi memberikan laluan kepada Jones untuk beraksi di bahagian pertahanan. DDG akan mengambilalih posisi penjaga gol daripada Lindegaard selepas tidak beraksi dalam tiga perlawanan MU sebelum ini.

Kemenangan yang diperoleh ke atas Reading akan menjadi platform yang memberangsangkan sebelum berlangsungnya perlawanan setempat iaitu pertemuan dengan Man Citu pada hujung minggu depan.



Kesebelasan utama:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Tiada keputusan lain selain kemenangan yang diharapkan. Aku merasakan MU akan memperoleh kemenangan 5-0 ke atas Reading. Rooney dan RVP antara penyumbang gol MU dalam perlawanan yang akan berlangsung awal pagi Ahad ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan