Khamis, 8 November 2012

Review: MU vs SC Braga


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 3
van Persie 80'
Rooney 84' (pen)
Chicharito 90+2'

SC BRAGA 1
Alan 49' (pen)


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama:

 

Pemain gantian:

Rafael >> Nani
Ferdinand >> Evans
van Persie >> Welbeck


Ulasan perlawanan:

MU menjadi kelab pertama yang mengesahkan tempat layak ke pusingan seterusnya selepas membawa pulang tiga mata penuh dari Portugal. Kemenangan ke atas SC Braga (Braga) juga menjamin kedudukan teratas MU dalam kumpulan H tanpa dipengaruhi sebarang keputusan bagi baki dua perlawanan.

Hujan yang turun sepanjang perlawanan berlangsung sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap corak permainan MU. Ini adalah kerana, pemain yang gemar menggelecek seperti Nani sukar untuk beraksi dengan baik atas padang yang licin. Hantaran bola yang sepatutnya mudah untuk ditahan menjadi sukar dan menyebabkan MU kerap terlepas penguasaan bola.

Mungkin kegelapan di dalam stadium selama hampir 10 minit mengubah corak permainan MU yang ketika itu ketinggalan 0-1 selepas Braga dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan dengan baik oleh Alan. Rehat tidak rasmi akibat kegagalan lampu limpah membolehkan MU memperkemaskan permainan.

MU terpaksa menunggu sehingga perlawanan berbaki 10 minit untuk tamat bagi mendapatkan gol. Tiga gol dalam 10 minit terakhir sememangnya agak mengejutkan kerana Braga tampak bermain dengan disiplin, mengekang serangan MU sehinggakan MU tidak banyak mencipta peluang walaupun mempunyai peratusan penguasaan bola yang tinggi.

Smalling yang buat pertama kalinya beraksi selepas pulih dari kecederaan beraksi dengan baik. Walaubagaimanapun, persembahan Smalling awal pagi tadi tidak menyamai tahap sepatutnya dan Smalling memerlukan beberapa aksi lagi bagi mengembalikan ketajaman perlawanan. Kehadiran semula Smalling membolehkan SAF merehatkan Ferdinand.

SAF tidak membuat rombakan keseluruhan kesebelasan utama MU bagi mengambil pendekatan berwaspada dengan sasaran tidak mengalami kekalahan di tangan Braga. Rooney yang bertindak sebagai playmaker memberikan impak yang cukup berkesan kerana kerap menggerakkan serangan MU serta mampu melakukan hantaran jauh yang tepat.

Welbeck dikeluarkan oleh SAF kerana tidak berkesan dalam membantu Chicharito. Welbeck kerap memberhentikan pergerakan MU dengan menghantar bola ke belakang kerana tidak berkeyakinan untuk menggelecek pemain lawan walaupun mempunyai peluang. Kemasukan RVP menambahkan ketajaman MU dan memberikan gol pembukaan MU menerusi rembatan cantik melepasi penjaga gol Braga yang berada di luar kawasannya.

Rooney menambahkan kedukaan Braga apabila menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil perlawanan selepas Rooney menerima bentesan bagi gol kedua MU. Chicharito menjaringkan gol terakhir MU selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti Braga.

12 mata penuh dari empat perlawanan kumpulan sudah cukup buat MU untuk memastikan tempat selaku juara kumpulan dan slot ke pusingan kalah mati nanti. Sekurang-kurangnya, bagi dua perlawanan lagi, MU tidak perlu bermain dalam tekanan dan sekaligus memberikan ruang kepada pemain utama yang beraksi dalam perlawanan BPL berehat. Pengalaman perit yang dilalui musim lepas telahpun diubati dengan rekod 100% kemenangan musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan