Jumaat, 16 November 2012

Fenomena ZLATAN


ZLATAN IBRAHIMOVIC telah menjadi sensasi terbaru selepas beliau menjaringkan gol menakjubkan menerusi 'bicycle kick' menarik ketika Sweden bertemu dengan England dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.



Gaya Ibrahimovic ketika menjaringkan gol keempat dirinya

Sebelum meledakkan empat gol bagi membantu Sweden menundukkan England 4-2, Ibrahimovic juga berjaya membuat 'assist' kepada keempat-empat gol PSG ketika saingan UCL baru -baru ini.

Ibrahimovic cukup cemerlang bersama PSG sehinggakan namanya ZLATAN telah dimasukkan ke dalam kamus dan digunakan sebagai kata kerja (verb). Zlatan membawa maksud berusaha sehingga berjaya.

Pemain MU, Welbeck bernasib baik apabila sempat bertukar jersi dengan Ibrahimovic sebaik perlawanan antara Sweden dan England berakhir. Dikatakan jersi Ibrahimovic boleh mencapai harga 30 ribu pound sekiranya diletakkan dalam lelongan.

12 tahun lalu, Arsenal hampir untuk mendapatkan Ibrahimovic selepas bidaan 3 juta pound diterima oleh Molde. Namun begitu, Wenger ketika itu masih belum yakin dengan kemampuan Ibrahimovic walaupun telah menyerahkan jersi no.9 kepadanya hanya ingin memberikan tempoh percubaan sahaja kepada Ibrahimovic. Selepas mengetahui dirinya hanya memperoleh percubaan sahaja dan bukannya kontrak sebenar, Ibrahimovic meninggalkan kem latihan Arsenal dan kemudiannya menyertai Ajax.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan