Selasa, 27 November 2012

Kompilasi berita MU


Sebahagian ulasan dan tajuk berita MU yang menarik.


1. Oleh kerana Nani dan Young gagal menunjukkan prestasi yang membanggakan, MU dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain tengah QPR, Adel Taarabt selepas bermain dengan baik di OT ketika pertemuan MU dengan QPR baru-baru ini.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4667045/Adel-Taarabt-is-a-shock-target-for-Man-United.html


2. Bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola dikhabarkan lebih berminat untuk menggantikan SAF sebagai pengurus MU berbanding menjadi pengurus di Chelsea ataupun Man City.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4663405/Pep-Guardiola-wants-Man-Utd-manager-job.html


3. Selain MU, terdapat beberapa kelab BPL lain seperti Spurs, Arsenal dan Liverpool berminat untuk mendapatkan pemain muda sensasi Crystal Palace, Wilfred Zaha yang dinilai oleh kelabnya sekitar 20 juta pound.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4667049/Wilfried-Zaha-transfer-Arsene-Wenger-joins-the-chase.html


4. SAF telah menghantar dua orang peninjau bagi melihat persembahan pemain pertahanan Torino, Angelo Ogbonna dan mungkin berhasrat untuk membawa pemain antarabangsa Itali itu ke OT.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-transfers-angelo-ogbonna-1458346


5. Pada bulan Januari ini, MU diberitakan bersedia untuk membeli pemain pertahanan kiri Everton, Leighton Baines dengan menawarkan pakej perpindahan di mana yuran sebanyak 8 juta pound dan seorang pemain MU.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-will-return-with-a-8m-bid-1456173


6. MU terpaksa bersaing dengan Man City dan Liverpool jika ingin mendapatkan anak kepada lagenda bola sepak Sweden, Henrik Larsson, Jordan yang kini beraksi Hogaborgs BK di posisi tengah.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-chase-henrik-larssons-1455877


7. MU dan Man City berminat untuk mendapatkan khidmat Viktor Fischer selepas pemain berusia 18 tahun itu menolak tawaran penyambungan kontrak bersama Ajax.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/ajax-fear-losing-wonderkid-viktor-1455328


8. Stoke City menawarkan kontrak mahal selama enam tahun kepada Ryan Shawcross bagi mengetahui pemain tersebut telah menarik perhatian beberapa kelab BPL termasuk MU.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4667014/Ryan-Shawcross-to-sign-6-year-deal-at-Stoke.html


9. SAF bersedia untuk menurunkan Anderson dalam kesebelasan utama MU untuk bertemu West Ham United nanti selepas kagum dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Anderson baru-baru ini.

sumber: http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1240958/anderson-rewarded-with-rare-start?cc=4716

Tiada ulasan:

Catat Ulasan