Khamis, 22 November 2012

Sembilan dalam sembilan


Sepertimana yang diketahui, pemilik Chelsea, Roman Abramovich telahpun mengambil keputusan untuk memecat Roberto Di Matteo (RDM) selaku pengurus Chelsea. Kini, kerusi panas tersebut diambil alih oleh Rafael Benitez sehingga tamat musim ini.

Dikatakan antara punca pemecatan RDM adalah keengganan beliau untuk menurunkan Torres dalam kesebelasan utama Chelsea ketika bertemu Juventus dalam saingan UCL walaupun telah diberikan amaran oleh pemilik kelab. Ini adalah kerana Torres dikhabarkan merupakan pemain kesayangan Abramovich selepas membelinya dari Liverpool dengan yuran perpindahan 50 juta pound.

Duit mampu membeli segala kejuaraan - Abramovich

Menurut media England, sepanjang menjadi pemilik Chelsea, Abramovich telah membelanjakan hampir 70 juta pound hanya untuk pembayaran menebus kontrak pengurus-pengurus yang dipecat. Jumlah tersebut tidak termasuk dengan wang yang dibayar oleh Abramovich ketika mendapatkan Andre Villas Boas dari Porto.

Setakat ini, Chelsea mencipta rekod apabila telah mempunyai sembilan pengurus dalam masa sembilan tahun di bawah pemilikan Abramovich berbanding dengan MU yang hanya mempunyai sembilan pengurus dalam tempoh 74 tahun.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan