Isnin, 12 November 2012

Messi memecahkan rekod Pele


Secara rasminya, Messi telah membuktikan bahawa dirinya lebih hebat daripada lagenda Brazil, Pele.



Messi telah berjaya mengatasi rekod gol untuk kelab dan negara untuk satu tahun kalendar yang dimiliki oleh Pele selepas membantu Barcelona menewaskan Mallorca 4-2.

Dalam perlawanan tersebut, Messi meledakkan dua gol sekaligus membolehkan dirinya mendapatkan 76 gol bagi tahun 2012, satu gol mengatasi rekod gol Pele iaitu 75 gol yang dilakukan untuk Santos dan Brazil pada tahun 1972.

Kini, Messi hanya ketinggalan 9 gol sahaja lagi bagi menyamai rekod terbaik yang dicatatkan oleh lagenda Jerman, Gerd Muller. Pada musim ini, Messi telah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan