Khamis, 29 November 2012

Review: MU vs West Ham United (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
van Persie 1'

WEST HAM UNITED 0


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

RAFAEL

Kesebelasan utama:



Pemain gantian:

Young >> Cleverly
Welbeck >> Rooney
Jones >> Anderson


Ulasan perlawanan:

Selepas banyak perlawanan yang dilalui musim ini dengan ketinggalan terlebih dahulu, awal pagi tadi terjadi sebaliknya apabila MU berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu. Yang lebih menarik adalah gol kemenangan MU yang dijaringkan oleh RVP merupakan gol terpantas bagi BPL musim ini.

Sepertimana yang dijangkakan, SAF menurunkan kesebelasan utama MU dengan menggunakan formasi 4-4-2 berlian bagi berhadapan dengan West Ham United (WHU). Namun, agak mengejutkan apabila tiada kelibat Ferdinand di atas padang kerana tempatnya diambilalih oleh Smalling. Selain itu, ketiadaan DDG dalam kesebelasan utama MU untuk tiga kali berturut-turut masih menjadi tanda tanya.

MU memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila RVP yang menerima hantaran Carrick meledakkan gol kemenangan menerusi rembatannya yang terbias. Gol tersebut dijaringkan selepas 30 saat perlawanan bermula dan ianya sesuatu yang pelik buat MU pada musim ini kerana kebiasaannya pihak lawan memperoleh gol dahulu berbanding MU pada musim ini.

Rooney dan RVP begitu berkesan bertukar-tukar tempat dan memudahkan MU untuk membuat pergerakan. Walaupun tidak menjaringkan gol, peranan Chicharito tidak dapat disangkalkan kerana lariannya berjaya membuatkan pertahanan WHU tidak senang duduk. Ketiga-tiga mereka bijak dengan fungsi masing-masing, cuma kurang bernasib baik untuk memberikan lebih dari satu gol buat MU.

Anderson seperti ingin membalas kepercayaan SAF apabila bermain dengan baik dari kesebelasan utama. Mungkin selepas ini, Anderson akan kerap diturunkan dalam kesebelasan utama kerana kehadirannya di atas padang membolehkan MU menerobos pasukan lawan dari kawasan tengah menerusi larian bijak Anderson.

Cleverly tampak sedikit 'karat' tetapi masih berupaya untuk memberikan sumbangan yang bermakna buat MU awal pagi tadi. Cleverly menunjukkan kerajinan dalam menekan pemain tengah WHU sehingga dikeluarkan kerana kelihatan kepenatan. MU tampak selesa di bahagian tengah apabila Carrick beraksi bersama Anderson dan Cleverly.

Rafael membuktikan kemampuannya apabila bijak mengekang pemain sayap WHU, Jarvis yang selalunya memulakan serangan WHU. Smalling dan Evans pula saling bantu-membantu bagi mengawal Carroll sehinggakan Carroll boleh dikatakan langsung tidak mengancam gawang gol MU.

Pertukaran Carroll dengan Cole hampir membolehkan WHU mendapatkan gol penyamaan. Namun MU kental bertahan dengan Lindegaard berjaya menepis percubaan merbahaya WHU manakala Smalling pantas memintas dan mengeluarkan bola dari situasi kelam kabut.

Selepas kemenangan awal pagi tadi, MU mengekalkan kedudukan di tempat teratas dan terus diekori rapat oleh Man City dengan perbezaan satu mata. Kedua-dua kelab Manchester ini kini sedang membesarkan jurang perbezaan mata selepas Chelsea hanya mampu seri dengan Fulham manakala WBA tumpas kepada Swansea City.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan