Selepas dua kali tewas berturut-turut dalam BPL dan UCL, MU pastinya ingin melupakan episod sedih tersebut apabila melayan kunjungan Queens Park Rangers (QPR) ke OT hujung minggu ini.
Dengan pendahulu liga, Man City akan bertemu Chelsea pada hari Ahad, kemenangan ke atas QPR akan memberikan peluang kepada MU untuk memintas Man City. Ini adalah kerana, perlawanan hujung minggu ini, MU dilihat mampu menewaskan QPR sementara Man City pastinya berhadapan tugas sukar ketika bertandang ke Chelsea yang kini di bawah kendalian pengurus baru, Rafael Benitez.
Setakat ini, QPR berada di tangga tercorot tanpa mencatatkan sebarang kemenangan. Namun, jika dilihat terhadap skuad utama, QPR sebenarnya memiliki pemain-pemain yang cukup berpengalaman dan berbakat. Tetapi yang menjadi pelik adalah QPR gagal mendapatkan keputusan yang secukupnya. Selain dari pemain, QPR juga dikendalikan oleh bekas pemain MU, Mark Hughes yang mempunyai pengalaman sebagai pengurus.
Pembelian penjaga gol dari Inter Milan, Julio Cesar sedikit sebanyak membantu QPR untuk tidak tewas dengan jumlah jaringan yang besar. Banyak percubaan yang berjaya diselamatkan oleh Cesar tetapi beliau tidak memperoleh perlindungan sebaiknya daripada bahagian pertahanan QPR yang agak rapuh.
Para peminat MU mungkin akan menyaksikan kehadiran semula Park Ji Sung (PJS) beraksi di OT selepas menyertai QPR pada musim panas yang lalu. Walaupun dilantik sebagai kapten pasukan, PJS gagal memberikan impak sepertimana yang telah ditunjukkan ketika mewakili MU dan untuk beberapa perlawanan sebelum ini, PJS gagal menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama QPR.
MU bakal mempunyai skuad yang cergas sepenuhnya selepas sebahagian besar pemain utama tidak beraksi dalam perlawanan pertengahan minggu. Rooney berkemungkinan besar dapat diturunkan sebelum mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lali. Ketiadaan Rooney ketika MU menentang Norwich City hujung minggu lepas benar-benar dirasai. Jadi, Rooney dijangkakan akan berpasangan dengan RVP bagi mengetuai serangan MU ke atas kubu QPR nanti.
Oleh kerana kemerosotan prestasi yang dialami oleh Valencia dan kecederaan yang menimpa Nani, SAF mungkin akan menggunakan formasi 4-4-2 berlian. Carrick akan bermain di penjuru berlian terbawah bagi membuka permainan dari jarak jauh dan memberikan perlindungan kepada bahagian pertahanan.
Anderson dan Cleverly pula menjadi pilihan SAF untuk mengisi dua lagi slot bahagian tengah MU berbanding Giggs dan Scholes memandangkan kedua-dua pemain senior itu tidak begitu sesuai beraksi dari kesebelasan utama selain menjadikan pergerakan MU sedikit perlahan ketika Giggs atau Scholes diturunkan.
Young yang juga tidak beraksi dalam saingan UCL baru-baru ini mungkin akan bertindak sebagai penghubung antara bahagian tengah dengan serangan. Tidak seperti Valencia, Young berkemampuan untuk beraksi di bahagian tengah bagi membantu bahagian serangan merobek pertahanan lawan.
Ferdinand, Smalling dan Evra akan mengambil tempat masing-masing di bahagian pertahanan. Smalling yang semakin menunjukkan persembahan yang bagus menjadi pasangan Ferdinand memandangkan Evans masih lagi cedera sementara Jones telahpun beraksi ketika berkunjung ke Turki. Posisi pertahanan kanan kini menjadi hak mutlak Rafael dan DDG kembali ke kesebelasan utama selaku penjaga gol menggantikan Lindegaard.
Kesebelasan utama:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
Peluang bertemu kelab di kelompok bawah seharusnya dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh MU. Dengan perlawanan berlangsung di OT, MU mempunyai kelebihan dan aku yakin MU mampu menewaskan QPR dengan keputusan 6-0. Aku menjangkakan RVP memperoleh hatrik, dua gol daripada Rooney dan satu gol lagi disumbangkan oleh Young.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan