MU membawa 21 pemain yang kebanyakannya pemain muda dalam skuad ke Turki untuk pertembungan dengan Galatasaray bagi Matchday 5 saingan UCL musim ini.
MU telahpun mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas memperoleh 12 mata maksimum dan kini sedang menerajui kumpulan H. Kunjungan ke Turki kali ini tidak memberikan tekanan yang banyak buat MU dan ini memberikan ruang kepada SAF untuk merehatkan beberapa pemain utama. Walaubagaimanapun, SAF menurunkan campuran pemain senior dan muda dalam kesebelasan utama MU bagi menentang Galatasaray.
Sepertimana yang diketahui, SAF meninggalkan Rooney, Ferdinand, Evra dan beberapa pemain utama lain di England. Jadi, kita dapat lihat bahawa SAF tidak begitu memberikan perhatian kepada aksi di Turki. Namun begitu, dengan kesebelasan utama MU yang bakal beraksi awal pagi esok, MU dijangkakan mampu untuk membawa pulang satu mata.
Oleh kerana kemerosotan prestasi dan ketiadaan pemain secukupnya di bahagian sayap, MU akan menggunakan formasi 4-4-2 berlian. Lindegaard akan mengawasi gawang MU buat kali kedua berturut-turut selepas DDG menjalani prosedur pencabutan gigi yang menidakkan beliau untuk beraksi.
Jones akan membuat penampilan sulungnya musim ini selepas pulih dari pembedahan. Tetapi, apa yang diragukan adalah 'match fitness' Jones selepas lama tidak beraksi. Kerana ketiadaan Keane yang telah dipinjamkan kepada Leicester City, Wootton akan berpasangan dengan Jones di bahagian pertahanan tengah. Rafael dan Buttner mengisi slot masing-masing di pertahanan tepi.
Bahagian tengah akan diisikan sepenuhnya oleh trio kebiasaan UCL dan pertandingan piala musim ini iaitu Fletcher, Anderson dan Cleverly. Fletcher pastinya akan menjadi tunjang dan berperanan melindungi bahagian pertahanan MU yang muda. Anderson dan Cleverly pula bertindak mengemudi bahagian tengah MU dengan menggerakkan serangan dan mengekang pergerakan Galatasaray dari kawasan tengah padang.
Young akan beraksi di bahagian tengah atas dan diberikan tanggungjawab sebagai 'playmaker' kerana sememangnya beliau berkeupayaan beraksi di posisi tersebut. Young dilihat mempunyai kreativiti memandangkan MU tidak dapat menggunakan khidmat Rooney atau Kagawa.
Bahagian serangan MU akan direncanakan menerusi gandingan Chicharito dan Welbeck. Chicharito yang tenggelam ketika bertemu Norwich City pasti ingin beraksi dengan baik bagi membuktikan kemampuannya bermain dalam kesebelasan utama. Welbeck pula diberikan peluang sebagai penyerang tengah berbanding sebelum ini yang kerap diturunkan di bahagian sayap kiri.
Galatasaray tampak berkeyakinan untuk menumpaskan MU, tambahan pula beraksi di halaman sendiri. Setakat ini, empat gol yang diperoleh Galatasaray dalam saingan UCL disumbangkan oleh Yilmaz. Bahagian pertahanan MU mungkin terpaksa bekerja keras mengekang serangan Galatasaray. Yang penting, para pemain MU dapat beraksi dengan baik walaupun bakal menerima tekanan yang dahsyat daripada para penyokong Galatasaray yang sememangnya cukup fanatik.
Kesebelasan utama:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
Dalam perlawanan lalu yang berlangsung di OT, MU hanya mampu mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Galatasaray menerusi gol awal Carrick. Jadi, dalam perlawanan awal pagi esok, MU mungkin berhadapan dengan cabaran paling sengit dalam UCL musim ini. Aku menjangkakan MU hanya mampu seri 2-2 dengan Galatasaray dan dua gol MU disumbangkan oleh Welbeck dan Young.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan