Isnin, 21 November 2011

Review: MU vs Swansea City

Keputusan perlawanan:

Manchester United 1
Chicharito 11'

Swansea City 0


Ulasan perlawanan:

MU mengekalkan jarak ketinggalan lima mata di belakang man city selepas gol awal daripada chicharito memberikan kemenangan kepada MU ke atas swansea city (SC). penyerang antarabangsa mexico untuk meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke11, apabila muda menolak masuk bola ke dalam gawang SC melepasi jangkauan penjaga gol SC, michel vorm setelah menerima hantaran ryan giggs. giggs bijak mencari chicharito selepas memperoleh bola hasil kelalaian pertahanan SC, angel rangel yang hilang penguasaan bola dalam kawasan sendiri.

walaubagaimanapun, SC bermula dengan lebih garang apabila kerap membuat serangan ke atas pintu gol MU. namun kegopohan bahagian penyudah serta kekemasan benteng pertahanan MU menyebabkan SC gagal memecahkan kebuntuan untuk menghasilkan gol. SC menggunakan kepantasan dua pemain sayapnya iaitu scott sinclair dan nathan dyer untuk mengucar-kacirkan pertahanan MU. pemain muda MU, phil jones tampak mampu mengekang pergerakan sinclair tetapi patrice evra agak kelam kabut apabila pergerakan dyer.

pendekatan 'back to basic' yang digunapakai oleh MU berhasil apabila berjaya menewaskan SC yang mengalami kekalahan pertama di halaman sendiri. MU bermain secara tersusun dan penuh disiplin terutamanya di bahagian pertahanan seterusnya memberikan perlindungan secukupnya kepada DDG. kehadiran michael carrick di bahagian tengah benar2 memberikan kelebihan kepada MU untuk penguasaan kawasan tengah padang. carrick bijak membaca larian2 pemain lawan dan kerap menidakkan hantaran2 pemain2 SC. ini sekaligus membolehkan giggs membantu bahagian serangan MU.

selepas gol yang dijaringkan oleh chicharito, kedua2 pasukan memperkemaskan corak permainan masing2. akibatnya, MU dan SC kelihatan sukar untuk membuat percubaan ke arah pintu gol lawan dan bola banyak berlegar2 di kawasan tengah. SC cuba mengancam secara sekali sekala menerusi serangan pantas tetapi barisan pertahanan MU yang dikepalai oleh nemanja vidic tenang mematahkan serangan SC. rio ferdinand juga ternyata tidak mengecewakan apabila beraksi dengan baik. jones yang nyaris2 menjaringkan gol kedua MU apabila bola rembatannya terkena tiang gol pada minit2 akhir perlawanan. evra pula yang tertekan dengan corak permainan pantas SC terpaksa dikeluarkan oleh SAF bagi mengelakkan dirinya diarahkan keluar padang selepas menerima layangan kad kuning. kecemerlangan barisan pertahanan MU turut dibantu oleh kepantasan DDG menyelamatkan sekurang2nya dua percubaan merbahaya SC.

nani memberikan aksi yang kurang memberangsangkan. tidak banyak serangan MU yang berpunca dari nani. JSP tampak lebih bertenaga untuk membantu serangan MU. tetapi kekerapan JSP untuk naik ke atas dan cuba masuk ke kawasan tengah mengakibatkan evra terdedah kepada pemain SC. gandingan rooney dan chicharito tampak bermasalah untuk melepasi kawalan kepada pertahanan SC. ini adalah kerana rooney terpaksa bergerak ke tengah sedikit dan menyebabkan chicharito berada keseorangan di atas. kemasukan valencia, fletcher dan fabio pada separuh masa kedua sedikit sebanyak memberikan suntikan kepada serangan dan pergerakan MU. 

secara keseluruhannya, MU lebih menumpukan untuk mendapatkan tiga mata berbanding bermain dengan cemerlang. pastinya SAF meminta para pemain MU untuk bangkit bagi menunjukkan permainan yang lebih bertenaga berbanding yang telah dipaparkan ketika bertemu SC. namun, satu gol yang dijaringkan pada awal perlawanan sudah cukup untuk MU meneruskan rentak kemenangan tatkala mutu permainan tidak mencapai tahap yang sepatunya. selain itu, SAF mungkin mengambil pendekatan 'janji menang' memandangkan pertengahan minggu ini MU akan bertemu benfica dalam saingan peringkat kumpulan UCL. kemenangan ke atas benfica membolehkan MU untuk menjadi juara kumpulan.


Gambar perlawanan:

 Rooney berusaha gigih untuk melepasi kawalan pemain Swansea City


 Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Chicharito


JSP merupakan pemain yang berusaha keras untuk pasukan setiap kali beraksi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan