Sabtu, 19 November 2011

Preview: MU vs Swansea City


MU akan berkunjung ke liberty stadium bagi menyambung semula saingan BPL berehat selama hampir dua minggu untuk bertemu pendatang baru BPL musim ini, swansea city (SC). tempoh masa dua minggu itu dilihat memberikan ruang kepada sebilangan pemain MU untuk kembali cergas setelah mengalami kecederaaan. dalam berita kelmarin, MU akan mendapatkan semula khidmat young dan cleverly namun berita terkini menyatakan cleverly tidak akan beraksi dalam jangka masa terdekat kerana mengalami kecederaan berulang.

kehadiran semula beberapa pemain utama terutamanya di bahagian tengah akan membolehkan SAF meletakkan rooney sebagai penyerang dalam kesebelasan utama. carrick yang sebelum ini diketepikan akibat kecederaan telah pulih sepenuhnya selain anderson dan fletcher yang kembali cergas. jadi, aku menjangkakan SAF akan menggunakan gandingan carrick dan anderson bagi mengemudikan bahagian tengah MU. di sayap kanan, valencia akan diberikan kepercayaan oleh SAF manakala nani akan mengisi slot sayap kiri. young tidak dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama memandangkan young baru sahaja pulih dari kecederaan dan mungkin memerlukan masa untuk mendapatkan kecergasan perlawanan.

bahagian serangan rasanya akan dikepalai oleh gandingan rooney dan chicharito. chicharito dilihat lebih berkemampuan untuk mendapatkan jaringan gol berbanding welbeck selain memiliki persefahaman yang baik dengan rooney. rooney pula mungkin dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna apabila beraksi sebagai penyerang berbanding di posisi pemain tengah. ini adalah kerana MU tampak kurang sengat apabila rooney tidak menjadi penyerang.

bahagian pertahanan pula mungkin akan menyaksikan gandingan semula antara ferdinand dan vidic di posisi pertahanan tengah. mereka berdua akan diapit oleh jones dan evra yang diletakkan di posisi rightback dan leftback. penjaga gol MU pastinya akan menjadi milik DDG yang akan menjaga gawang gol MU.

MU akan berhadapan dengan tugas berat di liberty stadium memandangkan SC masih belum tewas di gelanggang sendiri dalam musim ini. MU perlu mempergunakan segala peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol sekaligus membolehkan MU mengutip tiga mata penuh bagi memberikan tekanan kepada man city. bagi perlawanan ke12 BPL ini, aku menjangkakan MU berjaya menewaskan SC dengan keputusan 3-1 dan gol2 MU disumbangkan oleh rooney dan nani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan