Khamis, 24 November 2011

Review: MU vs Benfica


Keputusan perlawanan:

Manchester United 2
Dimitar Berbatov 30'
Darren Fletcher 59'

Benfica 2
Phil Jones (o.g.) 3'
Pablo Aimar 60'


Ulasan perlawanan:

harapan MU untuk melayakkan diri secara automatik dari saingan peringkat kumpulan UCL hancur apabila sekadar seri 2-2 dengan wakil portugal, benfica. MU yang dilihat pada awalnya tidak akan berhadapan tiga sukar untuk mewakili kumpulan C gagal beraksi dengan kemas sekaligus mencari jalan sukar dan terpaksa membuat penentuan dalam perlawanan terakhir kumpulan bertemu satu lagi pasukan yang bersaing merebut tempat iaitu FC basel. dalam perlawanan ini, MU sekurang2nya perlu mengelakkan keputusan kekalahan jika ingin melayakkan diri ke pusingan kalah mati UCL.

MU perlu menyalahkan diri sendiri apabila melepaskan gol pada minit2 awal perlawanan dan terpaksa mengerahkan kudrat untuk memperoleh dua gol menerusi berbatov dan fletcher. namun, sekali lagi kealpaan di barisan pertahanan membolehkan benfica menjaringkan gol penyamaan menerusi aimar. keputusan seri ini telah membolehkan benfica layak secara automatik.

selepas memperoleh lima perlawanan tanpa bolos, adalah satu amat mengejutkan apabila MU melepaskan gol pada minit ke3 perlawanan. bola yang sepatutnya dikeluarkan dari situasi merbahaya telah dimasukkan ke dalam gawang sendiri oleh jones. walaubagaimanapun, pujin perlu diberikan kepada benfica kerana berusaha memporak-perandakan pertahanan MU sebaik sahaja tiupan wisel permulaaan. ketiadaan kapten MU, vidic menambahkan sedikit keraguan di benteng pertahanan MU. mujur ferdinand masih lagi mampu memberikan persembahan terbaik seterusnya menampung kekurangan pengalaman jones yang berpasangan dengannya.

tindakan menghantar bola semula kepada DDG untuk membuat 'clearence' kerapkali membahayakan pintu gol MU. akibatnya, benfica berjaya menjaringkan gol penyamaan tatkala MU baru sahaja meraikan gol kedua menerusi fletcher. sepakan DDG yang tidak kuat telah ditampan kemas oleh penyerang benfica sebelum berlaku kekalutan dalam kotak penalti MU dan aimar tidak melepas peluang tersebut untuk meledakkan gol. fabio tampak berkesan apabila bertahan tetapi gagal memberikan sokongan yang baik kepada valencia di sebelah kanan. kapten perlawanan, evra kembali menunjukkan persembahan bertenaga walaupun kadang kala berada di kedudukan yang tidak sepatutnya ketika berhadapan serangan benfica.

carrick memainkan tugasnya dengan baik sekali apabila menjadi perancang kepada segala pergerakan MU serta memberikan perlindungan secukupnya kepada barisan pertahanan MU. namun, berita yang kurang menggembirakan adalah carrick tidak dapat beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan kerana digantung perlawanan. gandingan carrick di bahagian tengah iaitu fletcher juga tidak mengecewakan. fletcher dan carrick bergandingan dengan baik menggerakkan jentera serangan MU,

bahagian sayap MU yang dimainkan oleh nani dan valencia tampak tidak begitu menjadi. kedua2 mereka tidak begitu berkesan kerana agak susah melepasi kawalan ketat pertahanan benfica. jadi, kebanyakan serangan MU berpunca dari kawasan tengah. fungsi young turut tidak efektif apabila diturunkan sebagai penyerang di belakang berbatov. young gagal menjadi hubungan antara bahagian tengah dan serangan serta corak permainan yang ditunjukkannya seolah2 young beraksi sebagai pemain sayap. berbatov telah menampilkan aksi yang bagus dan tampak begitu bersemangat untuk memburu gol buat MU. usahanya terhasil apabila menjaringkan gol pertama MU. namun begitu, berbatov sepatutnya menjaringkan lebih dari satu gol jika mampu mempergunakan peluang yang terhidang.

keseluruhannya, MU tampak sedikit rapuh di bahagian pertahanan. selain itu, MU tidak menerapkan permainan yang lebih terbuka dan terikut2 dengan corak permainan benfica yang cuba mengetatkan kawasan tengah padang. akibatnya, kedua2 sayap MU tidak efektif ketika melancarkan serangan. mungkin ketiadaan rooney turut menjadikan MU kehilangan sengat di bahagian serangan. tetapi itu bukanlah alasan kepada keputusan seri MU dan ketika ini, MU perlu mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi perlawanan terakhir kumpulan C yang bakal menentukan hidup dan mati MU dalam saingan UCL musim ini.


Pemain terbaik perlawanan: Michael Carrick


Gambar perlawanan:


 Jaringan gol sendiri oleh Jones pada minit awal perlawanan


 Berbatov menjaringkan gol penyamaan buat MU


 Gol kedua MU diperoleh menerusi Fletcher


Aimar meraikan gol penyamaannya berpunca daripada kesilapan pertahanan MU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan