Isnin, 14 November 2011

Latest team news: Manchester United

1. chicharito meledakkan satu gol dalam perlawanan persahabatan antara mexico dan serbia di mana mexico mencatatkan kemenaangan 2-0.

2. walaupun kerap dipinggirkan dari kesebelasan utama, dimitar berbatov masih lagi mengagumi dan memuji kemampuan SAF mengemudi skuad MU. ini adalah kerana SAF membuatkan seseorang pemain tersebut berasa diperlukan sepertimana berbatov walaupun jarang beraksi.

3. diberitakan pada bulan januari nanti, pemain muda belgium kelahiran brazil iaitu andreas pereira akan menyertai MU. pemain berusia 15 tahun itu merupakan antara prospek terbaik di eropah akan meninggalkan kelabnya, PSV setelah menerima tawaran MU.

4. tomasz kuszczak telah menafikan kenyataan bahawa beliau telah dilayan seperti hamba di MU. penafian tersebut dilakukan selepas media mensensasikan berita kuszczak telah dinafikan peluang beraksi dan tidak dilayan dengan baik di bawah pengurusan SAF.

5. MU dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah ajax amsterdam, christian eriksen. pemain berusia 19 tahun itu diletakkan harga sekitar 20 juta pound dan MU bakal menghadapi saingan daripada beberapa kelab besar eropah seperti barcelona.
6. tiga kelab gergasi itali iaitu inter milan, ac milan dan juventus mensasarkan nani pada musim panas nanti memandangkan kontrak nani bersama MU hanya tinggal dua musim sahaja lagi. terdapat sumber mengatakan MU akan meminta 30 juta pound daripada mana2 kelab yang ingin membeli nani.

7. prestasi baik yang ditunjukkan oleh pemain  tengah newcastle united, johan cabaye dikhabarkan telah menarik perhatian SAF. cabaye telah menjadi nadi utama di bahagian tengah dan membantu newcastle united untuk berada di tangga ketiga carta BPL pada ketika ini.

8. bekas penyerang MU, ole gunnar solskjaer telah membawa kelabnya, molde fc untuk menjadi juara norway buat kali pertama dalam sejarah. OGS yang mengendalikan kelab asalnya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai pengurus seterusnya memungkinkan dirinya untuk menggantikan SAF suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan