Rabu, 16 November 2011

Kompilasi berita terbaru / terlama

1. ac milan dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang chelsea, didier drogba secara pinjaman pada bulan januari nanti. juara itali tersebut yang kehilangan penyerangnya, antonio cassano yang akan tersisih selama enam bulan ingin mencari pengganti yang berkaliber dan drogba dilihat calon yang sesuai. selain drogba, ac milan juga turut berhasrat untuk mendapatkan seorang lagi penyerang chelsea, nicolas anelka.

2. pemain tengah arsenal, jack wilshere akan cuba dipancing oleh real madrid apabila wilshere dikatakan berada dalam senarai lima pemain yang sangat dikehendaki oleh kelab gergasi sepanyol itu. nama lain dalam senarai tersebut adalah eden hazard, mario gotze, rafinha dan iker muniain.

3. penyerang england, wayne rooney akan mengetahui nasibnya pada 6 disember ini berkenaan rayuan pergantungan perlawanan yang dikenakan oleh EUFA terhadap dirinya. rooney telah dikenakan hukuman pergantungan tiga perlawanan sekaligus menyebabkan dirinya tidak akan beraksi buat england dalam peringkat kumpulan kejohanan euro 2012 nanti.

4. menurut pendapat pengurus arsenal, england mampu untuk menjuarai kejohanan euro 2012 nanti jika fabio capello berjaya menjadikan england sebuah pasukan yang mantap. walaupun sepanyol, jerman dan belanda merupakan pilihan utama, arsene wenger berkata england mampu memberikan cabaran yang hebat bagi merebut kejuaraan.

5. sunderland akan kehilangan khidmat penyerang muda, connor wickham yang mengalami kecederaan ketika bertemu MU. kecederaan tersebut akan mengetepikan wickham daripada beraksi sehingga awal tahun depan.

6. MU dan liverpool dikatakan bersedia untuk membuat tawaran 20 juta pound untuk mendapatkan pemain muda brazil, lucas rodrigues. MU memburu lucas bagi mencari pengganti kepada scholes manakala liverpool juga telah beberapa kali menghantar skuad pemantaunya untuk melihat aksi lucas yang ditabal sebagai pemain terbaik kejohanan B-20 tahun amerika selatan baru2 ini.

7. skuad B-21 england telah tewas 1-2 kepada skuad B-21 belgium walaupun mendahului pasukan lawan dalam sebahagian besar permainan. kegagalan england untuk menambahkan jaringan menyebabkan belgium mampu bangkit untuk menjaringkan dua gol seterusnya menewaskan england dalam saingan kelayakan euro 2013.

8. pemain sayap MU, nani akan menerima kenaikan gaji oleh MU bagi menafikan hasrat daripada kelab itali untuk mendapatkannya. nani yang ketika ini menerima gaji sekitar 90 ribu pound seminggu akan dinaikkan gajinya oleh MU kepada 130 ribu pound seminggu, iaitu lebih kurang gaji yang diterima oleh rio ferdinand dan nemanja vidic. 

9. republik ireland akan membuat penampilan dalam kejohanan besar buat kali pertama dalam masa sedekad selepas melayakkan diri ke kejohanan euro 2012. kejayaan republik ireland itu adalah hasil daripada kemenangan menerusi keputusan agregat 5-1 ke atas estonia di mana dalam perlawanan pertama republik ireland memperoleh keputusan selesa 4-0 manakala bagi perlawanan kedua, republik ireland hanya mencatatkan keputusan seri 1-1.

10. england akhirnya berjaya menewaskan sweden dalam tempoh 43 tahun apabila pemain tengahnya, gareth barry menghasilkan gol tunggal perlawanan yang membolehkan england mengalahkan sweden dengan keputusan 1-0. walaubagaimanapun, gol tersebut tidak disumbangkan oleh barry tetapi merupakan gol sendiri dan juga menjadi gol ke2000 england.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan