Khamis, 24 November 2011

Latest team news / transfer gossips: Manchester United


1. rooney berkemungkinan tidak akan beraksi pada perlawanan BPL hujung minggu ini apabila MU akan melayan kunjungan pasukan yang berada di tangga ketiga, newcastle united. ini adalah kerana rooney masih lagi dibelenggu kecederaan di bahagian pinggul dan pasukan perubatan MU mengatakan peluang rooney untuk beraksi adalah di bawah "50-50" dan rooney memerlukan pelepasan bahawa beliau benar2 cergas jika ingin bermain.

2. MU dikatakan mengetuai senarai beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 15 tahun. javier gonzalez merupakan pemain muda sepanyol berbakat kini sedang beraksi bersama skuad muda kelab divisyen empat iaitu laredo. 

3. menurut dalam satu media, MU telah mensasarkan pemain pertahanan udinese, mehdi benatia sebagai pemain yang akan dibeli. SAF dikatakan telah menghantar skuad peninjau untuk melihat pemain yang berasal daripada mesir pada hujung minggu lepas ketika kelabnya bertemu parma. selain MU, ac milan dan paris st germain juga menaruh minat terhadap benatia.

4. pemain tengah benfica, nicolas gaitan sekali lagi menafikan berita mengatakan MU berminat ke atas dirinya. pemain tengah kelahiran argentina itu diberikan perhatian oleh MU terutamanya apabila gaitan beraksi dengan baik ketika benfica bertemu dengan MU. 

5. bekas pemain tengah MU, david beckham telah membantu kelabnya, LA galaxy untuk memenangi kejuaraan MLS buat kali pertama. kejuaraan tersebut diperoleh tatkala kontrak beckham akan tamat sedikit masa lagi. beckham mengikut jejak langkah seorang lagi bekas pemain MU, ole gunnar solskjaer yang turut menempa kejayaan merangkul kejuaraan buat kali pertama bersama kelabnya, molde FC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan