MU sekali lagi akan bertemu dengan Fulham dalam aksi BPL selepas kedua-dua pasukan bertembung di pusingan keempat Piala FA. Dalam perlawanan tersebut, MU mencatatkan kemenangan besar 4-1 ke atas Fulham dan pada aksi hujung minggu ini, pastinya Fulham sekurang-kurangnya ingin membalas dendam atas kekalahan yang dialami.
MU akan bertandang ke Craven Cottage dalam perlawanan yang akan berlangsung pada awal pagi Ahad. Fulham semestinya ingin melaksanakan misi balas dendam selepas dimalukan oleh MU pada pusingan keempat Piala FA. Jadi, kelebihan beraksi di halaman sendiri akan dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk mengecewakan MU yang baru-baru ini berjaya menjarakkan diri dengan Man City dengan perbezaan tujuh mata.
Sepertimana yang diakui oleh SAF, perjalanan saingan BPL masih lagi jauh untuk tamat dan tidak menolak kemungkinan kesemua pasukan termasuk MU akan terlepas peluang mengutip tiga mata penuh. Dengan ranjau yang onak berduri ini, setiap pasukan mesti menunjukkan persembahan yang baik dan konsisten bagi semua perlawanan sehingga tamat musim ini.
Selepas dipaksa bekerja keras oleh Southampton sebelum memperoleh kemenangan pada perlawanan pertengahan minggu ini, MU seharusnya memastikan situasi tersebut tidak berulang. Ini adalah kerana situasi bermain dalam tekanan akan menyebabkan MU berputih mata untuk mencatatkan kemenangan walaupun berpeluang untuk berbuat sedemikian.
Bagi kunjungan ke Fulham, SAF berkemungkinan besar tidak akan melakukan rombakan menyeluruh terhadap kesebelasan utama MU. Ferdinand mungkin akan dipanggil semula bagi bergandingan dengan Vidic di pertahanan tengah. Anderson akan diketepikan bagi memberikan laluan kepada Cleverley. Nani dan Welbeck akan diberikan kepercayaan di bahagian sayap kanan dan kiri. Bahagian serangan pula akan mengekalkan gandingan Rooney dan RVP.
MU perlu berwaspada dengan Berbatov walaupun beliau tidak begitu menyinar pada perlawanan lalu. MU akan mengundang padah jika tidak menamatkan terus saingan Fulham tatkala sedang mendahului kerana itu akan memberikan peluang kepada Fulham untuk bangkit memberikan saingan.
Dengan prestasi semasa pemain MU terutamanya di bahagian serangan, pertemuan dengan Fulham dilihat mampuu memberikan tiga mata penuh kepada MU untuk dibawa pulang ke OT. Jika kemenangan berjaya dicapai di Craven Cottage, MU sekurang-kurangnya akan mengatasi Man City dengan perbezaan 10 mata walaupun mungkin untuk sementara waktu memandangkan Man City akan beraksi pada Ahad malam.
Kesebelasan utama MU:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
Di atas kertas, MU dilihat mempunyai kelebihan. Jadi seharusnya ianya perlu diterjemahkan ke atas padang bagi memastikan MU terus selesa di persada liga. Aku menjangkakan MU mampu untuk menumpaskan Fulham dengan keputusan 3-0 di mana Rooney meneruskan rentak jaringan gol selain RVP yang kembali menempatkan diri selaku penjaring gol MU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan