Selasa, 19 Februari 2013

Review: MU vs Reading (FA Cup)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
Nani 69'
Chicharito 72'

READING 1
McAnuff 81'


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

NANI


Kesebelasan utama MU:

 

Pertukaran pemain:

Nani >> Jones
RVP >> Young
Carrick >> Anderson


Ulasan perlawanan:

SAF melakukan 9 perubahan pemain terhadap kesebelasan utama MU dengan Jones dan DDG sahaja mengekalkan tempat masing-masing ketika bertemu Real Madrid yang lalu. Perubahan tersebut boleh dikatakan memberikan sedikit kesan kepada corak permainan MU apabila MU dilihat melakukan serangan secara tergesa-gesa dan gopoh yang mengakibatkan hantaran menjadi tidak terlalu tepat.

Valencia dan Young di bahagian sayap tidak banyak memberikan bantuan secukupnya kepada Welbeck dan Chicharito untuk merobek pertahanan Reading. Anderson dan Cleverley pula lebih gemar melakukan hantaran ke arah sisi berbanding ke hadapan. Ini menyebabkan Reading mudah untuk memintas hantaran MU sekaligus menyebabkan MU tidak banyak mencipta peluang.

Walaupun MU bermula baik sebaik sahaja perlawanan dimulakan, namun apabila Reading memperkemaskan permainan, MU pula dilihat tertekan. Corak 'pressing game' yang ditunjukkan oleh Reading iaitu memberikan tekanan walaupun bola berada di kawasan bawah MU menyebabkan MU tidak mengawal bola dengan lama dan berusaha cepat untuk melakukan hantaran. Akibatnya, banyak hantaran tidak tepat atau tersasar.

Kemasukan Nani pada separuh masa kedua benar-benar menghidupkan serangan MU di mana Nani sahaja telah melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol Reading. Menerusi gerakan di sebelah kanan, Valencia bijak mengenalpasti ruang kosong untuk membuat lorongan kepada Nani yang tenang untuk merembat masuk bola bagi menjaringkan gol pertama MU.

Gol Nani tersebut membangkitkan semangat pemain MU untuk terus memburu penambahan gol bagi mengelakkan mencatatkan kemenangan sukar. Usaha MU berhasil apabila Nani sekali lagi terlibat untuk gol kedua MU. Juga dari sebelah kanan, Nani yang melihat Chicharito membuat larian ke dalam kotak penalti Reading pantas membuat hantaran silang. Chicharito yang tidak dikawal mudah menanduk masuk bola melepasi jangkauan penjaga gol Reading.

Dengan kelebihan dua gol, MU memperlahankan tempo permainan walaupun ketika itu RVP telah dimasukkan bagi menggantikan Young. Sedikit kealpaan di bahagian pertahanan MU membolehkan Reading mendapatkan satu gol menerusi kapten pasukannya, McAnuff selepas Smalling gagal mengeluarkan bola ketika berlakunya kekalutan dalam kotak penalti MU.

Reading kemudiannya terus mencuba untuk mencari gol penyamaan. Tetapi dengan adanya Vidic, MU tenang menyerap segala asakan Reading sehingga tamat permainan. MU seharusnya boleh tersenyum lebar kerana berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala FA menerusi kemenangan ke atas Reading ini walaupun tidak menurunkan sebahagian besar pemain utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan