Rabu, 13 Februari 2013

Preview: MU vs Real Madrid (UCL)


Pertembungan antara MU dengan Real Madrid (RM) pastinya amat ditunggu-tunggu oleh para peminat bola sepak dan perlawanan pertama pusingan kalah mati UCL ini boleh dianggap sebagai perlawanan terbesar di eropah musim ini.




Awal pagi esok, pastinya peminat dan penyokong MU dan RM berdebar-debar dalam menyaksikan perlawanan pertama pusingan kalah mati UCL yang akan berlangsung di Santiago Bernabeu. Dengan kedua-dua pasukan merupakan jagoan negara masing-masing, ianya akan menjanjikan pertembungan yang cukup menarik. Ini adalah kerana kedua-dua pasukan boleh dikatakan gemar menggunakan pendekatan menyerang.

Nama Ronaldo meniti semula di bibir peminat MU apabila akan melihat bekas pemain MU itu turun beraksi menentang kelab lamanya selepas berhijrah ke RM pada tahun 2008. Selaku antara bintang boleh sepak dunia ketika ini, Ronaldo berkemungkinan besar akan menjadi pemusnah harapan MU untuk merangkul kejuaraan UCL musim ini.

Bagi pertemuan dengan RM, SAF dilihat telah melakukan beberapa persediaan dalam memastikan MU mampu untuk bersaing dengan gergasi Sepanyol itu. Carrick dan Ferdinand yang tidak beraksi dalam kesebelasan utama MU ketika bertemu Everton baru-baru ini akan dipanggil semula. Carrick dijangkakan akan berpasangan dengan Anderson yang sebelum ini disisihkan akibat mengalami sedikit kecederaan.

Kagawa juga akan kembali ke dalam kesebelasan utama dan diberikan tugas selaku 'playmaker' bagi menggerakkan serangan MU. Oleh kerana MU bakal menggunakan formasi 4-2-3-1, Rooney akan ditolak ke bahagian kanan bagi membolehkan dirinya membantu Rafael dalam menghadapi Ronaldo. Young yang pulih dari kecederaan akan menjadi pilihan SAF di bahagian kiri berbanding Nani memandangkan Young lebih berkesan dalam membantu Evra ketika bertahan.

RVP sememangnya diharapkan akan meneruskan rekod cemerlangnya dalam meledakkan gol buat MU. Walaubagaimanapun, RVP akan beraksi secara keseorangan di bahagian hadapan MU kerana SAF pastinya akan menumpukan perhatian di bahagian tengah MU yang dilihat penting jika ingin mengimbangi kekuatan bahagian tengah RM.

Rafael, Ferdinand, Vidic dan Evra akan mengisi slot masing-masing di hadapan DDG. Pengalaman yang dimiliki oleh Ferdinand dan Vidic amat diperlukan dalam berhadapan dengan barisan serangan RM yang dilihat cukup merbahaya. Yang pasti, RM akan mengeksploitasikan kepantasan larian Ronaldo selain kebijaksanaan Ozil yang menjadi penggerak serangan RM.


Kesebelasan utama MU:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Satu perlawanan yang cukup pantas dan menarik terutamanya dari segi menyerang oleh kedua-dua pasukan. MU sememangnya berhadapan dengan tugas perit dalam mengekang Ronaldo. Jikapun MU berjaya mengekang Ronaldo dan menahan asakan RM, aku menjangkakan MU akan mengalami kekalahan tipis 1-2 kepada RM. Walaubagaimanapun, dengan satu gol di tempat lawan merupakan sesuatu yang amat bernilai buat MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan