Rabu, 13 Februari 2013

Review: MU vs Everton (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
Giggs 13'
van Persie 45+1'

EVERTON 0


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

RAFAEL


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Carrick >> Jones
Smalling >> Evans


Ulasan perlawanan:

Sepertimana yang diakui, SAF telah mengubah keputusan untuk meletakkan kesebelasan utama terbaik bagi bertemu Everton sebaik sahaja mengetahui bahawa Man City tewas 1-3 kepada Southampton. Sebelum itu, SAF terpaksa mengambil kira pemain yang bakal diturunkan dalam perlawanan penting menentang Real Madrid. Tetapi, dengan kekalahan Man City, SAF merasakan MU perlu mengambil peluang tersebut untuk menjarakkan diri dengan Man City bagi memastikan kedudukan MU di persada liga berada dalam keadaan selesa.

SAF menggunakan formasi standard 4-4-2 dengan kali ini Jones bergandingan dengan Cleverley beroperasi di bahagian tengah. Tugas Jones adalah mengekori rapat Fellaini yang pada perlawanan lalu menjadi duri dalam daging buat MU. Selain itu, Jones juga ditugaskan untuk mengganggu rentak permainan Everton.

Ternyata Jones bijak memainkan fungsinya dengan cukup berkesan. Fellaini dirantai dengan kemas sehingga menyebabkan Fellaini boleh dikatakan tidak banyak terlibat dalam gerakan Everton. Pujian harus diberikan kepada Giggs yang masih berupaya memberikan sumbangan bermakna kepada MU walaupun berusia hampir 40 tahun. Gol pembukaan yang dijaringkan olehnya meneruskan rekod cemerlangnya dalam meledakkan gol dalam setiap musim sejak BPL diperkenalkan.

Walaupun RVP dilihat mempunyai permainan yang agak senyap, tetapi RVP berjaya meletakkan dirinya selaku penjaring gol selain membantu Giggs menjaringkan gol pertama MU. Beberapa peluang keemasan yang terlepas langsung tidak menjejaskan konsentrasi RVP yang bijak melepasi perangkap offside Everton untuk menerima umpanan Rafael sebelum menggelecek Howard dan kemudiannya menolak masuk bola ke dalam gawang gol Everton.

Valencia pula seolah-olah kembali ke prestasi sebenar ketika bertemu Everton. Valencia tampak tidak gentar untuk mencuba melepasi kawalan Baines dan usahanya beberapa kali membuahkan hasil. Rafael turut cemerlang di pertahanan kanan apabila beraksi dengan baik dalam mengekang Baines dan Pienaar yang sememangnya diketahui menjadi penggerak utama serangan Everton.

Dengan kecergasan Vidic yang hampir pulih sepenuhnya, ianya benar-benar memberikan kelebihan kepada pertahanan MU. Ini boleh dilihat apabila Vidic dengan tenang menahan asakan Everton yang dibantu cemerlang oleh Evans. Persefahaman baik antara Vidic dengan Evans serta keyakinan yang ditunjukkan oleh DDG membolehkan MU mendapatkan 'clean sheet' yang dirasakan amat bernilai buat MU musim ini.

Kemenangan 2-0 sudah cukup untuk membolehkan MU berada 12 mata di hadapan Man City. Selain itu, kemenangan tersebut boleh menjadi pemangkin semangat MU dalam berhadapan dengan Real Madrid dalam saingan UCL. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan