Khamis, 21 Februari 2013

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama Peringkat Kalah Mati UCL


Berikut merupakan keputusan penuh bagi lapan perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati UCL melibatkan 16 pasukan terbaik eropah:





Jika dilihat kesemua keputusan, boleh dikatakan hanya AC Milan yang beraksi selaku tuan rumah bagi perlawanan pusingan pertama memiliki kelebihan yang cukup selesa untuk menghadapi perlawanan pusingan kedua. Porto pula hanya mampu mencatatkan kemenangan 1-0 dan pastinya perlu beraksi dengan lebih baik di tempat lawan jika ingin layak ke peringkat seterusnya.

Enam pasukan lagi, amat memerlukan kemenangan jika menaruh harapan melepasi peringkat kalah mati ini. Arsenal dan Celtic dilihat mesti bekerja keras selepas gagal menggunakan kelebihan di halaman sendiri apabila masing-masing tumpas dengan keputusan yang besar.

Itali nampaknya berpeluang cerah untuk melihat dua wakilnya, AC Milan dan Juventus beraksi di peringkat suku akhir. Keempat-empat wakil Sepanyol pula berada dalam tekanan dengan Real Madrid sahaja yang mampu mengelakkan kekalahan manakala Barcelona, Malaga dan Valencia tersungkur kepada lawan masing-masing.

Peluang bagi empat pasukan iaitu Shakhtar Donesk, Borussia Dortmund, Schalke dan Galatasaray tampak seimbang apabila dua perlawanan melibatkan empat pasukan ini berkesudahan dengan seri. Masing-masing mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Sementara itu, MU mesti memastikan Real Madrid tidak memperoleh sebarang gol ketika aksi di OT nanti untuk melangkah ke peringkat suku akhir. PSG yang dibarisi beberapa pemain ternama dilihat tidak berhadapan tugas berat di halaman sendiri selepas mencatatkan kemenangan berharga ke atas Valencia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan