Kisah Benar Tiga Kampung Islam di Phuket
Kampung yang ke-2, asalnya semuanya Islam, kini yang tinggal hanyalah masjid saja. Kisahnya, bila orang alim yang mengajar dan menjadi rujukan agama di kg itu meninggal dunia, org-org kg tersebut terpaksa pi ke satu kg lain yang agak jauh untuk menunaikan solat jumaat. Lama-lama, depa kurang pi atau pun selang seli pi.
Nak dijadikan cerita, kampung yg depa pi solat jumaat itu pula Tok Imamnya jenis beng-keng/gedebe, dia kata kalau sesiapa yang tak datang solat jumaat 3 kali berturut-turut, jemaah masjid akan pulau, tak pi urus kematian dan sebagainya (mcm beberapa tempat di Malaysia ini). Lama kelamaan, sebab jauhnya kg tersebut, depa kurang pi solat jumaat, kena pulau, tak ada org nak urus bab agama termasuklah urusan jenazah. Hari ini kalau ada kematian, org2 kampung akan hantar pi Wat Siam pi bakaq!!
Kampung yang ke 3, sebuah kampung di tepi pantai, asalnya semuanya Islam, bila orang alim yang mengajar agama di kg tersebut meninggal dunia, orang-orang kampung sudah hilang tempat nak merujuk bab-bab agama ini. Depa tak tau nak buat apa, akhirnya ada yang cadangkan buat PATUNG berwajah orang alim yang sudah meninggal itu; maka depa pun buat satu PATUNG besar di tepi pantai seperti patung Buddha, wajah orang alim berkenaan siap pakai jubah putih, berserban berjanggut dengan tangan sedang membilang biji tasbih lagi. Tiap kali ada masalah atau pun sebelum turun ke laut menangkap ikan, mereka akan sembah PATUNG orang alim ini dulu - minta berkat.
sumber: http://www.kedahlanie.info/2013/02/antara-intitusi-pondok-dan-orang-alim.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan