Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 1
Welbeck 20'
REAL MADRID 1
Ronaldo 30'
Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):
DAVID DE GEA
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Valencia >> Welbeck
Giggs >>Kagawa
Anderson >> Rooney
Ulasan perlawanan:
MU membawa pulang satu gol di tempat lawan yang cukup berharga apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Real Madrid (RM) dalam perlawanan yang berlangsung di Santiago Bernabeu. Satu gol tersebut sekurang-kurangnya menjadi bekalan yang dapat memberikan peluang kepada MU untuk layak ke peringkat suku akhir apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam tempoh tiga minggu lagi di OT.
Bagi mengimbangi RM yang sememangnya diketahui dibarisi oleh pemain hebat, SAF menggunakan formasi 4-2-3-1 walaupun di atas kertas seolah-olah MU menerapkan formasi standard 4-4-2. Bagi aku, prestasi Rooney boleh dikatakan baik memandangkan Rooney berusaha keras membantu Rafael dalam mengekang Ronaldo dan Coentrao di sebelah kanan. Walaubagaimanapun, akibat terlalu berada lebih ke belakang, Rooney tidak banyak membantu RVP dalam menjana serangan MU.
Welbeck seperti membalas kepercayaan SAF apabila diletakkan dalam kesebelasan utama MU dengan menjaringkan gol buat MU. Kerajinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Welbeck benar-benar mengucar-kacirkan pertahanan RM. Hanya sedikit kekejangan kaki sahaja yang menyebabkan Welbeck terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Valencia.
Pertahanan RM ternyata begitu ampuh apabila mampu merantai RVP terutamanya dalam separuh masa pertama. Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh RVP gara-gara tidak mendapatkan sokongan sepenuhnya daripada Rooney, Kagawa dan Welbeck. Kagawa pula tampak menyinar dalam separuh masa pertama dengan melakukan beberapa pergerakan menarik dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi, dalam separuh masa kedua, Kagawa kelihatan kepenatan dan mengalami kesukaran apabila RM mula menerapkan permainan secara fizikal.
Pertahanan MU seharusnya diberikan pujian apabila kental menahan asakan RM. Ferdinand dan Evans dilihat cukup berkesan memastikan penyerang RM menerobos ke dalam kotak penalti MU dan menyebabkan RM lebih banyak membuat percubaan dari luar kotak penalti. Ronaldo terpaksa bertukar dari kiri ke kanan kerana dikawal dengan kemas oleh Rafael. Pertukaran tersebut telah memberikan peluang kepada Ronaldo untuk menjaringkan gol penyamaan selepas hanya dikawal oleh Evra.
Seperti meneruskan tugas defensif yang ditunjukkan pada perlawanan menentang Everton, Jones berjaya memainkan tugasnya dengan cemerlang. Jones bukan sahaja mengekori Ronaldo ke mana sahaja malah turut membantu Carrick dalam mengekang pergerakan bahagian tengah RM. Ketenangan yang ditunjukkan oleh Carrick membolehkan MU tidak gopoh walaupun ketika RM memiliki sebahagian besar penguasaan bola.
Kritikan dan kecaman yang ditempuhi sebelum ini langsung tidak menjejaskan tumpuan dan perhatian DDG. Ternyata kepulangannya ke bandar halamannya menjadi pentas terbaik buat DDG untuk menunjukkan persembahan yang cukup cemerlang. Hasil kecekapan DDG, RM hanya mampu untuk memperoleh satu gol sahaja, itupun menerusi tandukan cantik Ronaldo.
MU seharusnya boleh mencatatkan kemenangan jika RVP lebih klinikal di hadapan pintu gol RM. Salah satu peluang yang terhidang adalah ketika sepakan RVP yang tidak kena sepenuhnya menyebabkan bola bergerak perlahan ke arah pintu gol RM yang ternganga sebelum ditendang keluar oleh Alonso.
Mutu pengadilan juga boleh dikira lemah apabila pengadil dilihat mudah untuk melayangkan kad kepada pemain MU berbanding RM. Terdapat beberapa keputusan kontroversi diberikan oleh pengadil perlawanan termasuk ketika MU memperoleh sepakan sudut di masa tambahan. Seharusnya, MU diberikan peluang untuk mengambil sepakan sudut sebelum wisel penamat ditiupkan.
SAF pastinya boleh menarik nafas lega apabila kesemua pemain MU menunjukkan persembahan yang memberangsangkan dan keputusan seri 1-1 boleh dianggap memberikan sedikit kelebihan kepada MU. Walaubagaimanapun, MU tidak seharusnya berasa selesa dan semestinya peluang beraksi di OT nanti tidak dilepaskan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir UCL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan