Tumpuan MU kini beralih kepada aksi BPL apabila akan berkunjung ke Queens Park Rangers (QPR) bagi perlawanan ke-27 liga. Perlawanan MU dengan QPR ini akan berlangsung malam esok, sehari lebih awal daripada pertembungan Man City dan Chelsea dan memberikan peluang kepada MU untuk mendapatkan kelebihan 15 mata mengatasi Man City.
Saingan BPL bagi MU diteruskan semula selepas beraksi dalam pusingan kelima Piala FA menentang Reading. Bagi pertemuan dengan QPR ini, SAF sekali lagi akan melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama MU. Walaubagaimanapun, Rooney dan Jones sudah pasti disisihkan di mana Rooney mengalami selesema manakala Jones ditimpa kecederaan buku lali.
DDG akan terus diberikan tanggungjawab menjaga gawang MU dan bahagian pertahanan di hadapannya akan menyaksikan Ferdinand akan bergandingan dengan Evans di pertahanan tengah, Rafael dan Evra kembali mengambil slot masing-masing di pertahanan kanan dan kiri.
Bahagian tengah pula berkemungkinan besar akan dikemudikan oleh pasangan Carrick-Kagawa. Posisi sayap kanan pastinya akan diserahkan kepada Nani yang beraksi cemerlang dari bangku simpanan ketika bertemu Reading baru-baru ini. Young akan dikekalkan lagi di sayap kiri bagi membolehkan dirinya mendapatkan semula ketajaman perlawanan dan keyakinan selepas kembali pulih dari kecederaan.
Memandangkan Rooney tidak dapat diturunkan, Chicharito akan berpasangan dengan RVP di bahagian serangan. Sememangnya SAF menghadapi sedikit dilema dalam memilih sama ada Chicharito atau Welbeck sebagai gandingan RVP. Ini adalah kerana kedua-dua pemain menunjukkan persembahan yang baik dalam beberapa perlawanan lalu.
Walaupun berada di tangga tercorot liga, QPR menampakkan kebangkitan di bawah pengurusan Redknapp sejak memasuki tahun 2013. Setakat ini, QPR telah mampu mencatatkan keputusan seri dengan Tottenham Hotspur dan Man City serta kemenangan ke atas Chelsea. Jadi, QPR memiliki kemampuan untuk memberikan saingan kepada pasukan kuat, tambahan pula QPR ingin mengelakkan sebarang kekalahan yang pastinya akan meranapkan peluang mereka untuk kekal dalam BPL musim hadapan.
MU pula perlu mensasarkan tiga mata penuh bagi memastikan kedudukan yang lebih selesa di teraju liga. Ketiadaan Rooney dilihat tidak akan menjejaskan tumpuan MU bagi mendapatkan kemenangan ke atas QPR. Yang penting, MU tidak boleh berasa terlalu yakin untuk mengecapi kemenangan dengan menunjukkan persembahan yang baik agar tidak berputih mata.
Jangkaan kesebelasan utama MU:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
MU perlu berwasapada dengan QPR yang ketika ini beraksi untuk survival mereka dalam BPL. Kedudukan di tangga tercorot tidak seharusnya menjadi alasan kepada MU untuk memandang rendah terhadap keupayaan QPR. Carrick dan Kagawa perlu memainkan peranan dalam menggerakkan serangan MU. Jika MU menjaringkan gol terlebih dahulu, aku yakin kemenangan akan berpihak kepada MU dengan keputusan akhir 3-1. Gol pastinya akan disumbangkan oleh RVP dan Chicharito.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan