Kelebihan beraksi di halaman sendiri harus dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh Kedah apabila akan melayan kunjungan pendahulu liga, Sime Darby FC (SDFC) malam ini dalam perlawanan yang berlangsung di SDA.
Kedah perlu menampilkan persembahan yang cukup berbeza apabila bertemu SDFC malam ini. Para penyokong setia Hijau Kuning pastinya tidak mahu menyaksikan lagi aksi longlai yang ditunjukkan oleh Kedah ketika tewas 1-2 kepada Perlis. SDA seharusnya menjadi platform kepada Kedah untuk mengutip tiga mata maksimum jika ingin memastikan peluang layak ke LSM musim depan sentiasa cerah.
Kemenangan yang dicatatkan ke atas KL SPA Putrajaya FC empat hari lalu seharusnya menjadi pemangkin semangat pemain Kedah untuk terus mengekalkan rentak kemenangan. Kedah sebolehnya tidak perlu memberikan terlebih hormat kepada SDFC yang akan mengakibatkan Kedah kurang keyakinan untuk menumpaskan SDFC.
Kedah bakal kehilangan tonggak pertahanan, Farez yang digantung satu perlawanan. Tempatnya akan diambil alih oleh Fazliata yang akan bergandingan dengan Khairul di pertahanan tengah. Sabree akan terus berada di pertahanan kanan memandangkan persembahan Arman tidak begitu memberangsangkan. Fiqkry kekal selaku pertahanan kiri walaupun pada hakikinya beliau merupakan pemain sayap.
Santos berkemungkinan besar akan diturunkan di sayap kiri bagi mengambil tempat Shazuan sementara Baddrol, Zuraindey dan Nelson berada di posisi masing-masing. Kedah akan menaruhkan kepercayaan kepada pasangan Khyril dan Akmal di bahagian serangan bagi menggempur benteng pertahanan SDFC.
SDA dijangkakan akan dipenuhi dengan ombak hijau dan kuning kerana penyokong Kedah pastinya mengharapkan Kedah untuk melakukan kejutan ke atas SDFC yang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai LPM musim ini.
Dengan dua lagi pasukan dari empat pasukan teratas LPM iaitu Sarawak dan Johor bertembung antara satu sama lain, Kedah boleh sekurang-kurang untuk berada di tangga kedua liga jika mampu mengatasi SDFC. Jadi, tumpuan Kedah perlu diberikan sepenuhnya bagi mencatatkan kemenangan ke atas SDFC dan tidak memikirkan pertembungan dengan Darul Takzim FC dalam saingan Piala FA minggu hadapan.
Jangkaan kesebelasan utama Kedah:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
Sorakan ribuan peminat Kedah akan memberikan tekanan kepada SDFC. Akmal mesti memainkan peranan selaku penghubung antara bahagian serangan dan tengah sepertimana yang ditunjukkan ketika bertemu Perlis. Kesilapan mudah dan kealpaan seharusnya dielakkan bagi memastikan SDFC tidak mempunyai ruang untuk melancarkan serangan. Jika Kedah bermain secara kemas tetapi mudah, yakni tanpa gaya atau aksi yang bukan-bukan, SDFC mampu untuk ditundukkan. Aku menjangkakan Kedah mampu untuk memberikan kekalahan pertama kepada SDFC dengan keputusan 3-1 di mana gol adalah menerusi Santos dan Khyril.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan