Perlawanan pusingan kelima Piala FA England antara MU dengan Reading akan berlangsung awal pagi esok pastinya menjadi tumpuan memandangkan pada perlawanan BPL melibatkan kedua-dua pasukan telah berkesudahan dengan jaringan gol yang banyak.
Selaku tuan rumah, MU dilihat mempunyai kelebihan apabila melayan kunjungan Reading dalam perlawanan awal pagi esok. Ini adalah kerana MU memiliki rekod perlawanan Piala FA yang baik di OT di mana MU hanya pernah tewas dua kali sahaja dari 19 perlawanan yang dilangsungkan di OT. Reading pula berkeinginan untuk melepasi pusingan kelimat Piala FA buat kali ketiga dalam sejarahnya.
Selepas menampilkan persembahan yang menarik dengan memperoleh keputusan seri 1-1 ketika bertemu Real Madrid, MU dijangkakan akan meneruskan rentak kecemerlangan. Walaubagaimanapun, SAF akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap kesebelasan utama MU bagi memberikan laluan kepada pemain-pemain yang tidak beraksi di Sepanyol pertengahan minggu lepas.
SAF sendiri mengakui bahawa sukar untuk beliau tidak menurunkan Young, Nani dan Chicharito dalam perlawanan UCL lalu. Jadi, pertemuan dengan Reading, pastinya ketiga-tiga pemain ini tidak akan melepaskan ketagihan untuk beraksi di atas padang. Selain Nani, Young dan Chicharito, Cleverley dan Anderson juga akan dipanggil semula bagi mengisi slot dalam kesebelasan utama MU.
Bahagian pertahanan MU juga akan menyaksikan perubahan di mana Smalling dan Vidic akan diletakkan di pertahanan tengah menggantikan Ferdinand dan Evans. Evra mungkin diberikan masa untuk berehat dan posisinya akan diambil alih oleh Buttner semetara Rafael dan DDG mengekalkan posisi masing-masing.
RVP dijangkakan akan diketepikan bagi membolehkan Rooney dan Chicharito bergandingan di bahagian serangan. Sepertimana yang diperkatakan oleh SAF, Rooney memerlukan aksi secara konsisten bagi memastikan prestasinya berada di tahap yang sepatutnya. Jika rehat diberikan kepada Rooney, dikhuatiri Rooney memerlukan masa untuk kembali menunjukkan persembahan yang memberangsangkan.
Jika dilihat pada pertemuan antara MU dengan Reading yang lepas, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang cukup terbuka dan menarik. Oleh sebab itu, dalam perlawanan tersebut, MU menumpaskan Reading denga keputusan 4-3 dan merupakan satu kejutan.
Kemenangan ke atas Reading akan melayakkan MU untuk beraksi di peringkat suku akhir di mana MU telahpun diundi untuk bertemu sama ada Middlesbrough ataupun Chelsea. Perlawanan suku akhir tersebut akan juga dilangsungkan di OT.
Jangkaan kesebelasan utama MU:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
Bagi perlawanan ini, MU dijangkakan mampu untuk mengecapi kemenangan mudah ke atas Reading. Ini adalah kerana kesemua pemain MU berada di tahap terbaik dan bersemangat untuk membolehkan MU menjulang kejuaraan Piala FA musim ini. MU mampu untuk menewaskan Reading dengan keputusan 4-1 di mana Rooney dan Chicharito masing-masing meledakkan dua gol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan