Rabu, 12 September 2012

Sembang bola pagi Rabu


Kompilasi berita dunia bola sepak.


1. EUFA dikatakan memberikan saguhati sekitar 100 juta euro kepada kelab-kelab eropah yang telah membenarkan para pemainnya untuk beraksi bersama skuad negara masing-masing dalam kejohanan Euro 2012 baru-baru ini. Juventus menerima saguhati terbanyak iaitu lebih kurang 3 juta euro.

sumber: http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1156073/uefa-pays-%E2%82%AC100m-to-compensate-clubs-for-euro-2012?cc=4716


2. Chelsea telah memenangi anugerah 'European Club of the Year' dalam majlis tahunan Persatuan Kelab Eropah (European Club Association) selepas berjaya menjuarai UCL bagi musim 2011/2012. Kelab Cyprus, APOEL diberikan anugerah 'Best Sporting Progress' sementara Shakhtar Donesk menerima anugerah 'Best Community and Social Responsibility Programme'.

sumber: http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1155604/chelsea-win-european-club-of-the-year-award?cc=4716


3. England gagal meneruskan rentak kemenangan yang dicatatkan pada hujung minggu lalu apabila sekadar seri 1-1 dengan Ukraine. Itali mencatatkan kemenangan pertama dalam kelayakan Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Malta dengan keputusan 2-0. Juara dunia, Sepanyol hanya mampu memperoleh kemenangan tipis 1-0 ke atas Georgia. Perancis, Belanda dan Jerman turut mendapatkan kemenangan apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing.

sumber: http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1156242/uefa-wcq:-lamps-salvages-point-for-england?cc=4716


4. West Ham United (WHU) bercadang untuk menjadikan Stadium Olimpik sebagai stadium pelbagai guna jika diberikan hak pemilikan stadium tersebut kepada mereka. WHU menjadi pilihan utama untuk berpindah ke Stadium Olimpik selepas berhasrat untuk berhijrah dari Upton Park.

sumber: http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1155949/west-ham-%27want-multi-purpose-olympic-stadium?cc=4716


5. Kapten Greece, Giorgos Karagounis telah menyertai Fulham secara percuma dengan mengikat kontrak sehingga penghujung musim ini. Pemain berusia 35 tahun ini telah membuat 120 penampilan buat negaranya.

sumber: http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1156093/fulham-sign-greece-captain-giorgios-karagounis-on-free-transfer?cc=4716


6. EUFA akan mengenakan tindakan yang berat bagi kelab-kelab yang disiasat dan didapati gagal menepati kehendak dan keperluan Financial Fair Play (FFP). Antara tindakan tersebut adalah menyekat segala wang kemenangan sesuatu kejohanan dan wang tajaan stesen televisyen.

sumber: http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1155932/financial-fair-play:-uefa-%27could-suspend-players%27?cc=4716

Tiada ulasan:

Catat Ulasan