Jumaat, 14 September 2012

Berita MU


Kompilasi berita MU untuk minggu ini.


1. Bekas pemain pertahanan MU, Mikel Silvestre diberikan peluang percubaan oleh West Ham United. Silvestre yang berusia 35 tahun tidak bersama mana-mana kelab selepas kontraknya dengan Lyon tamat pada musim panas ini.

FRENCH FANCY ... Mikael Silvestre during his spell at Arsenal


2. MU dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain muda Real Betis, Alvaro Vadillo yang telah dilabelkan sebagai 'new Cristiano Ronaldo'.



3. Bekas ajen Bebe, Goncalo Reis diberitakan telah mengemukakan aduan kepada FIFA berkenaan urusan pembelian Bebe ke MU. Ini adalah kerana MU dikatakan berurusan dengan ajen Bebe yang tidak sah.



4. Juventus dikhabarkan ingin mendapatkan Nani pada tingkap perpindahan Januari ini. 




5. Rooney telah kembali menjalani latihan ringan tetapi belum menyertai skuad utama MU lagi. Rooney dikatakan optimis untuk kembali cergas dan beraksi dalam perlawanan MU dengan Liverpool.



6. MU menghadapi sedikit masalah kecergasan pemain apabila RVP dan Kagawa mengalami sedikit kebimbangan akibat kecederaan.




7. Pemain muda Itali, Domenico Berardi yang beraksi dengan kelab Sassulo di Serie B telah menarik minat MU. Penyerang yang baru berusia 18 tahun telah menunjukkan persembahan yang menarik pada musim ini dilihat memiliki bakat dan potensi yang bagus.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan