Rabu, 19 September 2012

Kompilasi berita MU


Berita tentang MU sepanjang minggu ini.


1. Lindegaard menyarankan agar rakan sepasukannya untuk lebih berwaspada dan tidak mengambil mudah sebarang perlawanan peringkat eropah musim ini jika ingin mengelakkan kekecewaan yang dilalui pada musim lepas.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4543592/Anders-Lindegaard-warns-Manchester-United-team-mates-to-stop-throwing-games-away.html


2. SAF mengarahkan para pemain MU untuk menjadikan semula OT sebagai kubu kuat MU pada musim ini. Sebelum musim lepas, OT merupakan kubu yang amat kuat di mana MU beraksi tanpa kekalahan dalam banyak perlawanan eropah. Namun, pada musim lepas, MU memperoleh keputusan yang agak mengecewakan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4545260/Alex-Ferguson-has-ordered-his-players-to-build-Old-Trafford-back-into-a-fortress.html


3. Pendapatan MU untuk musim lepas menyusut sebanyak 24 juta selepas tersingkir awal dalam saingan UCL dan Piala FA berbanding pendapatan di musim sebelumnya.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4545293/Man-Utds-early-exits-from-Europe-and-the-FA-Cup-cost-them-24million-last-season.html


4. Sebelum perlawanan MU dengan Liverpool hujung minggu ini, Vidic dan Gerrard akan bersama-sama melepaskan 96 biji belon bagi mengingati peristiwa sedih Hillsborough.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4545380/Steven-Gerrard-and-Nemanja-Vidic-in-joint-Hillsborough-tribute.html


5. Rooney menggemparkan kem MU apabila kembali menjalani latihan penuh bersama skuad utama, 24 hari selepas mengalami kecederaan teruk di pehanya.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4545308/Wayne-Rooney-in-shock-early-return-to-Man-Utd-training.html


6. SAF merasakan Powell mampu menjadi pengganti buat Scholes selepas pemain muda itu meledakkan gol pertamanya dalam penampilan sulungnya bersama MU.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2896/premier-league/2012/09/17/3382180/sir-alex-ferguson-hopes-powell-can-fill-scholes-boots-at


7. DDG dan Lindegaard akan sering bertukar ganti bagi menjadi penjaga gol MU.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-united-anders-lindegaard-thinks-1328327


8. Giggs berharap RVP dan Kagawa dapat memberikan kelebihan buat MU dalam saingan UCL musim ini. Kedua-dua mereka berkemungkinan besar akan diturunkan dalam aksi UCL selepas direhatkan pada hujung minggu lepas.

sumber: http://www1.skysports.com/football/news/11667/8089786/Giggs-backs-duo-to-make-impact


9. Fletcher kembali menjalani latihan dan berkemungkinan besar akan beraksi semula untuk MU selepas tersisih selama sebelas bulan akibat kecederaan.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-united-darren-fletcher-on-the-verge-1329516


10. MU sedang mengikuti perkembangan situasi Fellaini di Everton selepas timbul spekulasi mengatakan Fellaini ingin mencari kelab baru.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-are-keeping-tabs-on-everton-1326317

Tiada ulasan:

Catat Ulasan