Selasa, 25 September 2012

Preview: MU vs Newcastle United (Capital One Cup)


Perlawanan pusingan ketiga Capital One Cup yang akan berlangsung di OT pertengahan minggu ini.





MU akan melayan kunjungan Newcastle United (NU) bagi saingan pusingan ketiga Capital One Cup (COC) yang sebelum ini dikenali dengan Carling Cup. Pertukaran nama pertandingan tersebut adalah kerana penajaan baru oleh korporat kewangan, Capital One.

Setakat musim ini, MU telah memenangi semua perlawanan yang berlangsung di OT. Jadi, rekod tersebut pastinya ingin terus dikekalkan walaupun berhadapan dengan NU, sebuah pasukan yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan kebelakangan ini.

SAF berkemungkinan besar akan membuat rombakan besar-besaran terhadap kesebelasan utama MU dengan cuba memberikan ruang dan masa kepada pemain-pemain utama untuk berehat selain memberikan peluang kepada pemain-pemain simpanan dan muda untuk beraksi. Walaubagaimanapun, pendekatan yang lebih berhati-hati akan dilakukan oleh SAF bagi mengelakkan MU daripada tersingkir awal dalam pertandingan dalam musim ini sepertimana yang dialami pada musim lepas.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh SAF, Fletcher akan diturunkan dalam kesebelasan utama MU. Selepas membuat penampilan terbaru selama 10 minit ketika MU bertemu Galatasaray, SAF merasakan sudah tiba masanya untuk Fletcher kembali beraksi dalam skuad utama setelah berehat hampir 11 bulan. 

NU pula dijangkakan akan menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi berhadapan dengan MU. Pertembungan MU dengan NU dalam pusingan ketiga COC bolehlah dianggap antara perlawanan yang panas kerana selalunya, pada pusingan ini pasukan BPL akan diundi untuk bertemu dengan pasukan bawahan.


Kesebelasan utama:



Jangkaan keputusan:

MU dijangkakan terpaksa bekerja keras untuk menumpaskan NU dalam perlawanan ini. Pemain-pemain muda ternyata dapat membalas kepercayaan SAF dengan memberikan kemenangan 3-1 kepada MU dengan Chicharito, Powell dan Cleverly menjaringkan gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan