Jumaat, 28 September 2012

Preview: MU vs Tottenham Hotspur (BPL)


MU akan bertemu dengan Tottenham Hotspurs (Spurs) di halaman sendiri yang akan berlangsung pada awal pagi Ahad ini jam 12.30 (waktu Malaysia).





Pada hujung minggu ini, MU sekali lagi berhadapan dengan tugas berat apabila melayan kunjungan Spurs ke OT. Walaupun mencatatkan empat kemenangan berturut-turut termasuk kemenangan ke atas Liverpool pada minggu lepas, MU tampak lagi tercari-cari rentak permainan secara konsisten. Ini adalah kerana MU masih mengalami masalah mendapatkan tahap prestasi sebenar.

Pada hakikatnya, Spurs tidaklah mempunyai rekod yang baik acapkali bertemu dengan MU terutamanya apabila beraksi di OT. Namun begitu, Spurs tidak boleh dipandang mudah kerana bukan sahaja dikendalikan oleh pengurus muda yang berbakat, AVB, Spurs juga dibarisi oleh beberapa pemain bintang. 

Jika dilihat kepada persembahan dalam perlawanan sebelum ini dan corak taktikal kegemaran AVB, Spurs mengamalkan permainan yang lebih menggunakan pendekatan menyerang. Oleh sebab itu, barisan pertahanannya menerapkan 'high defensive line' dengan menggunakan perangkap offside. Dengan cara ini, Spurs mampu untuk menekan pasukan lawan dengan kelihatan hampir sebahagian besar pemainnya terlibat dalam serangan.

Walaupun King yang sebelum ini merupakan nadi pertahanan Spurs telahpun bersara, namun Spurs masih lagi mempunyai barisan pertahanan yang bagus. Pemain barunya, Vertonghen boleh dianggap sebagai permata baru Spurs dan kehadirannya membolehkan Spurs meletakkan Bale lebih ke hadapan. Ketiadaan Kaboul dan bersaranya King memberikan ruang kepada Dawson untuk beraksi walaupun pada awal musim Dawson dikatakan diletakkan dalam senarai penjualan pemain.

Yang pasti, kepantasan larian Bale akan diekploitasikan bagi merobek pertahanan MU. Spurs kini memiliki trio tengah yang mantap iaitu Dembele, Dempsey dan Sandro. Kemampuan Dembele memang tidak dapat disangkal lagi. Dempsey pula mempunyai kemahiran untuk menghasilkan gol walaupun beraksi di bahagian tengah manakala Sandro pula berperanan untuk tugas defensif.

Jadi, sekiranya MU ingin mencatatkan kemenangan, pertembungan di bahagian tengah harus dimenangi terlebih dahulu. Carrick, Scholes dan Giggs yang tidak beraksi ketika MU menumpaskan Newcastle United baru-baru ini diharapkan mampu untuk mengimbangi barisan tengah Spurs. Carrick dan Scholes berkemungkinan besar ditugaskan untuk memperlahankan rentak permainan Spurs seterusnya membuka permainan MU dari kawasan tengah melalui hantaran-hantaran jauh.

SAF akan menurunkan Rooney dalam kesebelasan utama selepas kecederaan yang menimpa Valencia. Ini merupakan tindakan yang diperlukan kerana ketiadaan Valencia akan menjejaskan serangan MU kerana setakat musim ini, Valencia telah mempunyai peratus yang tinggi bagi membuat hantaran lintang ke kotak penalti lawan berbanding pemain lain.

Rooney dan Kagawa akan menjadi 'feeder' RVP dalam usaha menghasilkan gol buat MU. Kedua-dua mereka perlu bermain secara disiplin dan mengikut taktikal pasukan bagi mengelakkan kawasan tengah padang menjadi 'crowded' dan menyebabkan MU kehilangan di kawasan tepi. Tugas membuat lorongan dan hantaran mungkin akan digalas oleh Giggs.


Kesebelasan utama:



Jangkaan keputusan:

Spurs akan memberikan cabaran sengit kepada MU terutamanya pada separuh masa pertama. Namun, MU akan membuka 'flood gate' pada separuh masa kedua dan membolehkan MU mencatatkan kemenangan selesa 4-1 dengan RVP dan Rooney masing-masing menyumbat dua gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan