Selasa, 7 Februari 2012

Siapa pemain import baru KEDAH?


Selepas menampilkan aksi hambar sepanjang beraksi buat Kedah, dua pemain import dari Brazil iaitu Danilo dan Baroni bakal disingkirkan oleh Kedah. Ini adalah kerana kedua-dua mereka gagal menunjukkan kemampuan masing-masing selaku pemain import yang diharapkan mampu untuk memacu cabaran Kedah dalam Liga Super musim ini.

Jadi, Kedah telah mencuba lima pemain baru untuk disenaraikan dalam skuad sebagai pemain import memandangkan FAM telah melanjutkan tarikh akhir bagi pendaftaran pemain import. Setakat ini, Kedah dikatakan membuat 'short listed' kepada tiga pemain iaitu:


  • Philimon Chipeta - Bekas penyerang import Perlis. Mempunyai pengalaman tetapi memberikan persembahan yang kurang memberangsangkan ketika beraksi bersama Kedah dalam perlawanan persahabatan
  • Safi Abdelfatah - Memiliki kemahiran yang baik selaku pemain tengah. Bijak membuat lorongan dan hantaran serta membuka permainan kedah.
  • Hamidan Mohammad - Penyerang muda yang mempunyai fizikal dan tenaga yang banyak.

Walaubagaimanapun, masih belum ada berita rasmi daripada pihak pengurusan KFA berkenaan dua pemain import yang akan membarisi skuad Kedah. Sama-sama kita nantikan.


Ehsan: Kenari Fans Squad (FB)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan