Isnin, 20 Februari 2012

Review: MU vs Ajax Amsterdam - UEFA Europa League

Keputusan perlawanan:

Manchester United 2
Ashley Young 59'
Chicharito 85'

Ajax Amsterdam 0




Ulasan perlawanan:

Dua gol yang dijaringkan oleh Young dan Chicharito pada separuh masa kedua telah membolehkan MU berada di kedudukan selesa dengan berkelebihan dua gol di tempat lawan dalam perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati UEL.

MU kembali beraksi dalam pertandingan eropah kelas kedua buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun selepas gagal melayakkan diri dari saingan peringkat kumpulan UCL. Namun, MU tidak memandang mudah cabaran yang terdapat dalam UEL dan SAF mengotakan kata-katanya apabila menurunkan kesebelasan utama yang kuat untuk bertemu Ajax Amsterdam (Ajax) di Belanda.

SAF memberikan kepercayaan untuk menurunkan beberapa pemain yang baru pulih dari kecederaan bagi memastikan mereka memperoleh kecergasan dengan beraksi dalam perlawanan yang kompetitif. Nani, Cleverly, Fabio dan Jones kembali memperkuatkan barisan skuad MU dan persembahan mereka sepanjang perlawanan amat baik. 

Ferdinand yang diberikan tugas selaku kapten pasukan bermain dengan tenang di samping Evans. Aku amat berpuas hati dengan prestasi Evans setakat ini apabila berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Vidic selain mampu mempergunakan peluang setiap kali beraksi sekaligus memastikan posisinya dalam kesebelasan utama MU biarpun berdepan saingan daripada Jones dan Smalling.

MU boleh dikatakan menguasai sebahagian besar permainan. Namun penguasaan tersebut gagal diterjemahkan kepada percubaan-percubaan yang benar-benar menghasilkan gol. Ini adalah kerana MU tidak begitu lancar menggerakkan serangan kerana hantaran-hantaran yang kurang kemas selain kekebalan benteng pertahanan Ajax turut menjadi faktor.

Ajax pula lebih gemar melakukan percubaan jarak jauh bagi mengancam pintu gol MU. Mujur kebanyakan percubaan yang dilakukan tepat ke arah DDG yang memudahkan tugas DDG menyelamatkan keadaan. Ajax lebih banyak bergerak di sebelah tengah memandangkan bahagian sayapnya tidak begitu berfungsi.

Bekalan dua gol di tempat lawan yang diperoleh MU dilihat sekurang-kurangnya membolehkan MU melangkah sebelah kaki ke pusingan seterusnya. Walaubagaimanapun, MU perlu memberikan penumpuan agar tidak beraksi dengan begitu selesa apabila menanti kunjungan Ajax nanti.


Pemain terbaik perlawanan:

Rio Ferdinand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan