Rabu, 15 Februari 2012

Latest team news / transfer gossips: Manchester United


1. Scholes diberitakan bersedia untuk kembali menyarung jersi England bagi menghadapi kejohanan Euro 2012 yang akan berlangsung pada musim panas ini. Kesediaan Scholes itu bakal menyaksikan Scholes beraksi semula untuk England selepas menyatakan persaraan daripada persada antarabangsa lapan tahun yang lalu.

2. Scholes juga turut memberikan 'hint' bahawa beliau berminat untuk bermain dengan MU untuk satu musim lagi. Setakat ini, SAF berpuas hati dengan prestasi Scholes memandangkan persembahannya masih lagi bagus.

3. Jika diturunkan pada awal pagi Jumaat ini, Giggs bakal menempah sejarah apabila mencatatkan rekod membuat 900 penampilan buat MU. Walaupun di usia tua, Giggs masih lagi mampu beraksi selain mempunyai keinginan untuk mengumpul medal pemenang apabila berharap MU boleh menjuarai Liga Eropah musim ini.

4. Pertahanan tengah Udinese, Mehdi Benatia menyatakan hasrat untuk menyertai MU jika diberikan peluang. Benatia yang baru berumur 24 tahun sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.

5. Nani dikatakan berada dalam senarai pemain yang dikehendaki oleh Juventus pada musim panas ini. Juventus yang telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam Serie A musim ini ingin mendapatkan beberapa pemain yang bagus seperti Nani dan Gonzalo Higuain dari Real Madrid.

6. Pogba diberitakan gembira apabila diberikan peluang oleh SAF untuk menjalani latihan bersama skuad utama MU. Sehubungan itu, Pogba turut berharap SAF akan memberikan peluang untuk beraksi dalam perlawanan sepertimana yang telah diberikan kepadanya sewaktu MU bertemu Stoke City.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan