Selasa, 20 September 2011

Saha, de Rossi, de Gea, Wenger dan Pogba

1. penyerang everton, louis saha diketepikan oleh pengurusnya, david moyes bagi perlawanan everton-wigan selepas saha enggan untuk beraksi bersama skuad simpanan dalam perlawanan pertengahan minggu. moyes yang bengang dengan tindakan saha mengambil keputusan untuk mengetepikan saha dalam kesebelasan utama dan bangku simpanan.

2. man city dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain tengah as roma, daniele de rossi dengan melibatkan yuran perpindahan 8 juta pound pada tingkap perpindahan bulan januari nanti. ini adalah kerana, pengurus man city, roberto mancini merasakan kelabnya tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk bahagian tengah sekaligus menyebabkan kelabnya hanya mampu seri 2-2 dengan fulham baru2 ini.

3. selepas bolos 13 gol dalam empat perlawanan, pengurus arsenal, arsene wenger menempelak pemainnya dengan menyatakan mereka kurang dari segi tumpuan perhatian, komunikasi, koordinasi dan semangat sepasukan. wenger kini berada dalam tertekan akibat kekalahan terbaru arsenal di tangan blackburn rovers. wenger mungkin akan membuat rombakan dalam kesebelasan utama arsenal bagi bertemu shrewsbury dalam saingan piala carling bagi mengelakkan arsenal dimalukan. pemain2 seperti chamberlain, miyaichi dan park berkemungkinan akan diturunkan oleh wenger.

4. penjaga gol MU, david de gea telah mendahului carta prestasi penjaga gol BPL apabila setakat ini, de gea telah menyelamatkan 29 percubaan lawan ke arah pintu golnya. berada di tangga kedua adalah penjaga gol man city, joe hart yang hanya menyelamatkan 15 percubaan sahaja.

5. SAF telah menolak tawaran burnley untuk meminjam pemain muda MU, paul pogba. pengurus burnley ingin mendapatkan pemain berusia 18 tahun itu secara pinjaman bagi membantu pasukannya yang kini mengalami kesukaran dalam saingan liga kejuaraaan. ini adalah kerana SAF ingin menggunakan khidmat pogba dalam skuad MU bagi menghadapi cabaran piala carling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan