Isnin, 12 September 2011

Review: MU vs Bolton Wanderers (BW)

Keputusan perlawanan:

Bolton Wanderers 0

Manchester United 5
Chicharito 5', 58'
Wayne Rooney 20', 25', 68'


Ulasan perlawanan:

hatrik kedua berturut2 yang dilakukan oleh rooney telah membantu MU untuk membelasah BW dengan keputusan 5-0. kini, penyerang utama MU dan england tersebut telah memperoleh 8 gol dalam empat perlawanan BPL dan hatriknya ketika bertemu BW baru2 ini merupakan yang ketujuh sepanjang berada di MU, menyamai rekod yang dicatatkan oleh Sir bobby charlton.

penyerang sensasi mexico, chicharito memulakan musim barunya apabila menjaringkan dua gol dalam permulaan sulungnya dalam perlawanan BPL. chicharito memulakan kenduri gol MU seawal minit ke5 apabila bijak melepasi kawalan ketat pertahanan BW untuk mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol lawan. kebijaksanaan chicharito untuk menjaringkan gol pertama MU telah diberikan pujian oleh owen.

dalam 25 minit pertama separuh masa pertama, MU telah mendahului BW dengan 3-0 selepas rooney menjaringkan gol kedua dan ketiga MU pada minit 20 dan 25. dua gol rooney tersebut disumbangkan oleh rooney menerusi penyudah yang mudah dalam kotak penalti. yang menarik perhatian adalah penghasilan gol kedua rooney di mana pertahanan muda MU, jones bijak melarikan bola sehingga ke hadapan pintu gol BW dan cuba merembat bola ke pintu gol namun bola tersebut terhalang sebelum sampai ke kaki rooney yang seterusnya merembat masuk bola ke dalam gawang gol.

separuh masa kedua menyaksikan MU memperlahankan sedikit tempo permainan namun tetap terus mengancam kubu BW melalui gerakan dan serangan pantas. MU berjaya menambahkan lagi dua gol, sekali lagi menerusi gandingan rooney dan chicharito sekaligus menjadikan keputusan 5-0. walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada bahagian sayap terutamanya nani dan jones yang banyak menghidupkan serangan MU dari sebelah kanan. young agak sedikit tenggelam kerana dikawal ketat tetapi masih mampu memberikan sumbangan sebelum dikeluarkan untuk digantikan dengan giggs.

BW yang menerapkan pendekatan yang lebih fizikal telah menyebabkan pemain tengah MU, tom cleverly mengalami kecederaan sehinggakan terpaksa dikeluarkan. cleverly telah dibentes dari belakang oleh kapten BW, kevin davies digantikan dengan carrick. kemasukan carrick tidak menjejaskan rentak permainan MU sementara giggs yang turut dimasukkan dalam separuh masa kedua juga tidak mengecewakan.

walaupun SAF melakukan perubahan di bahagian pertahanan, benteng MU tetap utuh menghadapi serangan2 BW. gandingan ferdinand dan evans di pertahanan tengah beraksi dengan mantap. jones tampak lebih menyinar berbanding smalling di posisi rightback manakala evra yang menggalas tugas sebagai kapten pasukan memberikan aksi konsisten sepanjang perlawanan. de gea juga perlu diberikan pujian kerana tenang menjaga gawang gol MU memandangkan BW mencipta beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol MU.

keputusan di stadium reebok membolehkan MU untuk terus menerajui BPL mengatasi seteru setempat, man city menerusi kelebihan perbezaan gol. kemenangan ke atas BW merupakan kemenangan ke200 di tempat lawan yang merupakan rekod terbaru dalam sejarah BPL. gol awal MU yang dijaringkan oleh chicharito telah menyebabkan BW menjadi kelam kabut seterusnya gagal memberikan saingan kepada MU sepanjang perlawanan berlangsung.



Gambar perlawanan:

 Para pemain MU meraikan gol pertama yang dijaringkan oleh Chicharito


 Rooney menjaringkan gol ketiga MU selepas pertahanan Bolton kucar-kacir akibat larian Jones


 Aksi Chicharito ketika menjaringkan gol peribadinya yang kedua


Jones merupakan pembelian yang tidak merugikan kerana aksinya yang begitu memberangsangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan