Selasa, 13 September 2011

Berita bola campoq-aduk (BPL + UCL)

1. kapten bolton wanderers, kevin davies telah meminta maaf kepada pemain tengah MU, tom cleverly kerana bentesen yang dilakukan oleh davies dalam perlawanan hujung minggu lepas telah menyebabkan kecederaan di kaki cleverly. sebelum ini, SAF telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap davies yang mengasari cleverly sehingga menyebabkan kecederaan.

2. bekas pemain newcastle, joey barton telah membuat penampilan sulungnya bersama kelab baru, QPR dalam perlawanan menentang kelab lamanya. barton juga telah diberikan lilitan kapten pasukan oleh pengurus QPR, menggantikan adel taarabt.

3. pengurus chelsea, AVB diberitakan akan membuat rombakan besar2an terhadap kesebelasan utama chelsea untuk bertemu bayer leverkusen dalam saingan UCL bagi merehatkan beberapa pemain utama. AVB mengambil tindakan tersebut bagi memastikan sebahagian besar pemain2 utama seperti lampard, anelka dan terry cergas bagi perlawanan BPL hujung minggu ini menentang MU. selain itu, drogba akan terus diketepikan dalam skuad chelsea akibat mengalami kecederaan di kepala.

4. pemain liverpool, joe cole yang dipinjamkan kepada juara ligue one, lille telah beraksi untuk kelabnya pada hujung minggu lepas dan telah membantu untuk menghasilkan gol. cole yang bermain di samping eden hazard turut menganggap lille sebagai "mini barcelona" kerana memiliki corak permainan dan pemain2 yang berkemahiran tinggi seakan barcelona.
5. pengurus england, fabio capello telah memuji persembahan yang ditunjukkan oleh ashley young selepas menyertai MU. ini adalah kerana, capello berpendapat apabila seseorang pemain beraksi dalam pasukan yang besar seperti MU, young dapat meningkatkan keyakinannya serta memperbaiki corak permainannnya sekaligus memberikan kelebihan berbanding beraksi dalam pasukan yang biasa.

6. pemain tengah MU, tom cleverly dijangkakan akan berehat selama empat minggu akibat mengalami kecederaan kaki gara2 dibentes oleh penyerang bolton wanderers, kevin davies. pada awalnya, cleverly ditakuti akan mengalami retak di bahagian kaki, tetapi pemeriksaan selanjutnya mendapati cleverly hanya mengalami kecederaan ligamen sahaja.

7. pengurus arsenal, arsene wenger akan menjalani pergantungan 'touchline ban' bermula dengan perlawanan arsenal-borussia dortmund selepas didapati melakukan kesalahan oleh EUFA baru2 ini. wenger dalam kenyataan terbarunya mengatakan bahawa beliau berharap pembantunya, pat rice dapat menjalankan tugas sebaiknya dalam mencorak taktikal dan strategi ketika perlawanan berlangsung. di samping itu, pemain tengah arsenal, aaron ramsey tidak akan beraksi dalam perlawanan UCL pertengahan minggu ini kerana mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.

8. lagenda argentina, diego maradona berkata anak menantunya, sergio aguero yang juga merupakan penyerang man city, akan menyinar di man city kerana mempunyai peluang untuk memenangi sebarang kejuaraan berbanding kelab lama aguero, atletico madrid. setakat ini, aguero telah menunjukkan prestasi yang bagus apabila menjaringkan enam gol dalam empat perlawanan BPL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan