Khamis, 15 September 2011

Review: MU vs Benfica

Keputusan perlawanan:

Benfica 1
Oscar Cardozo 24'


Manchester United 1
Ryan Giggs 42'


Ulasan perlawanan:

untuk perlawanan sulung UCL musim ini, tambahan pula beraksi di tempat lawan, SAF menerapkan formasi 4-2-3-1, formasi yang seringkali digunakan oleh MU dalam UCL. rooney diletakkan sebagai 'target man' dan dibantu oleh valencia di sayap kanan, giggs bertindak di posisi 'attacking midfielder' dan JSP di sayap kiri. namun ketiga2 mereka tidak memberikan sokongan dan bantuan sepatutnya kepada rooney menyebabkan rooney kelihatan agak keseorangan di bahagian atas untuk sebahagian besar perlawanan.

walaupun MU memiliki peratusan besar dalam penguasaan bola berbanding tuan rumah, namun MU gagal menjana serangan2 yang berkesan ke arah pintu gol benfica. MU banyak berlegar2 di kawasan tengah sahaja memandangkan benfica bermain dengan penuh disiplin di posisi masing2 untuk menghalang pergerakan dan hantaran2 MU. carrick dan fletcher dilihat bermain terlalu 'deep' mengakibatkan mereka berdua lebih gemar melakukan hantaran jauh dan jarang untuk naik ke atas membantu bahagian serangan MU.

bahagian pertahanan MU tampak sedikit gugup terutamanya di bahagian pertahanan tengah di mana gandingan smalling dan evans gagal mengekang penyerang benfica yang menjaringkan gol pertama perlawanan. evans juga dilihat mudah hilang konsentrasi dan melakukan hantaran2 yang kerapkali tersangkut. mujur evra selaku kapten pasukan bijak memberikan perlindungan kepada pemain2 muda. lindegaard harus diberikan pujian kerana beberapa kali menyelamatkan percubaan berbahaya benfica. kecemerlangan lindegaard awal pagi tadi dijangkakan akan memberikan tekanan kepada seorang lagi penjaga gol MU, de gea untuk terus memberikan aksi yang bertenaga sekiranya ingin memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama MU. fabio kelihatan sedikit tenggelam tetapi masih mampu melaksanakan tugas pertahanan dengan berkesan.

giggs menjadi penyelamat MU apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol benfica. giggs yang sebelum ini mencatatkan rekod sebagai penjaring gol tertua dalam saingan UCL pada musim lepas, mencipta satu lagi rekod baru apabila menjadi penjaring gol dalam 16 musim UCL, mengatasi jumlah yang diperoleh oleh lagenda real madrid, raul. 

separuh masa kedua menyaksikan MU cuba untuk mengancam pintu gol benfica namun benteng pertahanan benfica begitu utuh menidakkan segala serangan MU. kemasukan chicharito, nani dan jones memberikan sedikit nafas kepada pergerakan2 MU. dua pemain yang agak merisaukan aku adalah valencia dan fletcher. valencia yang agak diam pada separuh masa pertama, kembali bertenaga dalam separuh masa kedua. tetapi prestasi yang ditunjukkan valencia masih lagi di bawah tahap sebenar sekaligus menyebabkan dirinya digantikan oleh nani. jika valencia gagal meningkatkan mutu persembahannya, agak sukar baginya untuk mengetepikan nani dalam kesebelasan utama bagi posisi sayap kanan. bagi fletcher pula, banyak hantarannya yang tersangkut selain hanya berada di bahagian tengah sahaja. fletcher dilihat tidak mempunyai mobiliti berbanding anderson ataupun cleverly. mungkin fletcher dan valencia agak sedikit 'karat' dan memerlukan masa untuk mengasahkan 'match sharpness' masing2.

keseluruhannya, MU pasti berpuas hati apabila mengelakkan kekalahan dan mencuri satu mata dari lisbon. namun, MU memerlukan pemain2nya terutamanya fletcher, carrick, valencia dan beberapa pemain lagi untuk mempertingkatkan prestasi masing2 jika ingin disenaraikan dalam kesebelasan utama MU di masa hadapan. ini adalah kerana corak permainan MU menjadi sedikit hambar dan serangan menjadi kurang efektif apabila mereka beraksi berbanding corak permainan MU ketika anderson, young dan cleverly turun beraksi.


Gambar perlawanan:


 Oscar Cardozo menjaringkan gol buat Benfica selepas bijak melepasi kawalan Jonny Evans


Gol penyamaan MU diperoleh menerusi rembatan deras Ryan Giggs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan