Selasa, 20 September 2011

Nani vs Cristiano Ronaldo (CR)

perlawanan menentang chelsea baru2 ini membuktikan kehebatan dan kematangan yang ditunjukkan oleh nani. jika sebelum ini, ramai yang meragui potensi dan bakat yang ada pada nani, kini nani benar2 telah menjadi pemain MU yang berkaliber, keluar dari bayangan rakan senegaranya yang juga bekas pemain MU iaitu cristiano ronaldo.

jika hendak membuat perbandingan dengan CR, nani mengambil masa untuk menunjukkan prestasi yang bagus dan secara konsisten. nani bermula dengan lebih perlahan dengan mencari rentak permainannya sendiri. nani meraikan perlawanan ke100nya buat MU apabila menjaringkan gol cantik dalam perlawanan bertemu chelsea. dikhabarkan gol nani tersebut dijaringkan dari jarak 30 meter dan kelajuan bola sepakan nani menghampiri 100 km/j.

nani dan CR menjaringkan 19 gol dalam 100 perlawanan bersama MU. tetapi perbezaan yang nyata adalah jumlah 'assist' yang dilakukan di mana nani memperoleh 34 manakala 12 sahaja daripada CR. ternyata, nani merupakan pemain yang penting buat MU dan tidak mustahil impian nani untuk menjadi pemain hebat seperti CR dan messi akan menjadi kenyataan suatu masa nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan